" Mana satu yang berkenan kat hati ni ye? susah betul nak buat pilihan.semuanya cantik belaka," ucap si ibu ketika memilih kain untuk dipakai di hari raya nanti...
Di suatu saat yang lain,seorang mahasiswi.."eissshhhhh, aku tak puas hati betul la kat dosen tu. Penat aku buat cantik -cantik susun gigi ni, tapi still ada yang tak kena. Aku tak paham betul la."
Mungkin ada keterkaitan antara kedua-dua contoh di atas.Jika direnung sejenak, semuanya berkisar tentang HATI..soalnya hati.
SUKARNYA MENJAGA HATI
Bukan mudah mendidik hati dan jiwa. Bukan senang menjaga hati yang sering dahagakan keseronokan. Juga bukan gampang membelai hati dan jiwa ini agar tetap istiqamah di jalanNya. Mungkin mulut bisa mengatakan tidak, namun hati tidak mungkin dapat turut mengatakan tidak. Mulut juga bisa menuturkan bicara manis semanis madu namun jika ditanya pada hati , realitinya tidak seindah khabar!
Dari hatilah bermula segalanya. Amal kebajikan tidak diukur dari nilaian jutaan ringgit namun hanya sekeping hati yang dilihat Allah. Ikhlas, datangnya dari hati. Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan yang haq. Kayanya seorang insan tidak dilihat dari slip gajinya, namun jika kaya hati dan budi pasti disanjung tinggi .
Namun, hati ini sering alpa,sering lalai. Aku sering tewas.Hati ini masih belum kental menongkah virus pemodenan dan 'kebaratan' sekarang. yazid wa yankus!
SUCINYA HATI
Dua orang anak kecil sedang leka bermain. Ibunya yang asyik melihat mereka bermain, lalu terlintas suatu idea di fikirannya. Lalu diambil dua helai kertas putih dan dilukisnya dua buah "hati". Yang satunya diwarnakan "hati"tersebut diwarnakan hitam manakala yang satunya dibiarkan putih suci. Kemudian, kedua- dua "hati" tersebut diberi satu bintik merah ditengah-tengahnya sambil kedua-dua anaknya disuruh memjamkan mata
"Cuba kakak dan adik tunjukkan ibu di mana bintik merah" ujar ibunya.
Segera kedua-duanya menunjukkan bintik merah di "hati" yang berwarna putih suci tersebut. Namun, pabila di "hati" yang berwarna hitam tadi, masing-masing terkial-kial mencari.Puas ditelek tetapi hampa!
Akhirnya sang ibu segera mencelah," kertas itu umpamanya hati, dan bintik merah itu ibaratkan seperti dosa. jika hati kita bersih seperti kertas putih ini, sekali sahaja terlintas perasaan riya’ dan bangga di dalam diri, kita akan mudah sedar dan segera meminta ampun dari Allah. Inilah hati orang-orang yang beriman dan bertaqwa.
Tetapi, bayangkan kalau hati kita ini penuh dengan warna hitam. Jangankan riya’, sikap sombong yang nampak secara lahir pun akan sulit untuk kita kesan dan insafi kerana hati yang penuh dosa", tambah si ibu.
Masih terngiang-ngiang di telinga ini, seorang sister memberikan usrah kepada kami " setiap hari Allah hiaskan langit, dan seluruh alam ini untuk manusia". Segala- gala yang ada di alam ini hanyalah untuk kegunaan kita. Tetapi pernahkah kita memuji keindahan awan yang memutih di langit yang menghias hari kita sebagai tanda bersyukur? Pernahkah kita mengucapkan syukur tatkala mendengar decitan burung yang merdu menenangkan jiwa di permulaan pagi sebagai hadiah dari pencipta untuk hambanya? Pernahkan terlintas di fikiran kita bahawa Allah mengurniakan bunyi deruan air untuk mendamaikan jiwa yang resah? Tepuk dada, bisiklah pada hati.
Jangan biarkan hati menjadi kering dan akhirnya mati!
p/s: post ini khas untuk diri sendiri yang masih leka.
: all pics credit to deviantart
Mendambakan Kasih Ilahi
-d.a.m.e.y-
3 comments:
huh!terbaek post mu nisa..
xsangka mu sgt puitis, dlm diam2,
aku terkagum sambil menangis... T_T
gambaq tu mmg cantek!
teringat dkt kak dina jgk setiap kali tgk awan, esp bile ade atas flite...
belajar dari orang hebat..
nk tulis ni pun amek mase sebulan dok pikir isi die.sgt lah x berilmu Y_____Y.
turn mu plak!!!
fuyooooooooooo..
peah..
ak rase ak xpndai nk nasihat org la..
bunyik ak cm nk mara je..
ape kate dlm usahe dakwah AnakSolehah ak jdk org balik tabir je..
da mu cm lg elok bhs die..ok x?
Post a Comment