Oct 26, 2010

randomness


subhanallah

Puas ditelek siling bilik. Posisi tubuh dimiring ke kiri. Pandangan mata bertukar arah. Dinding pula ditenung sedalam-dalamnya.

haih!!keluhan dihela

buntu, sudah lama ingin berkongsi sesuatu, namun kekontangan idea!

teringat artikel ust hasrizal (saifulislam) "erti hidup pada memberi". benar sungguh. tiada ertinya selama hayat ini jika tidak memberi sesuatu kepada orang lain. Jika sepanjang hidup hanyalah untuk kepentingan diri, tidak usahlah berjiran tetangga.

seorang ayah bekerja untuk keluarganya
seorang ibu memasak untuk suami dan anak-anaknya.
seorang guru mencurah ilmu untuk anak didiknya

setiap orang bererti hidupnya untuk orang lain, ada manfaatnya
, ada faedahnya, ada baiknya, namun tidak juga kurang ada buruknya!

tanyalah diri , persoalkan jiwa bertanya pada hati, adakah hidup kita ini sudah bisa memberi erti pada orang lain? jika ya jawapannya, alhamdulillah. tetapi...jangan tersenyum dahulu, soalan yang sebenar-benarnya adalah...
"erti hidup sebagai hamba Allah sudahkan kita penuhi? sudahkan kita jalani sebaiknya?"

mungkin solat,puasa, ibadah sunat lain kita sudah lengkap.mungkin. namun, tanggjungjawab kita, erti hidup ini pada orang lain harus diambil kira.

TEGURLAH SEMANIS BICARA

ada yang niat di hati ingin menasihati teman, namun tidak tahu pucuk pangkalnya,
ada yang terdetik di hati menegur teman, namun takut diejek ustazah pula,
ada yang mahu menasihati rakan, namun terhalang dek kurang ilmu di dada,
ada yang kepingin mengajak teman berubah ke arah kebaikan, namun gusar jika dikata "alaah, ko pon sama, dua kali lima"...
ada yang membara semangat untuk menegur, sehingga kata cacian dan makian dipakai guna.

pangkalnya, tahniah jika mempunyai niat sebegitu rupa, namun janganlah terlalu laser mulutnya sehingga menyebabkan diri sendiri kelihatan lebih hina. tegurlah sebaik mungkin. halusilah bicara. kuntumilah senyuman termanis di wajah. tahanlah sedikit amarah kerana menahan marah itu syurga~

-tiada istilah GAGAL dalam kamus kehidupan,tetapi hanya kurang berjaya-
keep on fighting!!





tidak usah khawatir jika hasilnya tidak semanis aiskrim, yang penting adalah USAHA!!

tweettweet:- a reminder for all of us esp to ME!!
- pics credit to devianart


Mendambakan Kasih Ilahi

-d.a.m.e.y-

3 comments:

Anonymous said...

eh..cantik la mu punye gamba2..hehe

Izan said...

Alhamdulillah, bagus post mu ni..
Semoga dapat dijadikan iktibar dan panduan untuk sape2 yg terasa nk menegur org2 disekelilingnya
Amiinn~

damey said...

anonymous: masey pd devianart.

izan: tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...