hari ni (to be exact, ptg ni lepas UO cancel) sy jalan2 dekat page ustaz zahazan kat FB, jumpa satu mende yg bermanfaat yaitu waktu yg mustajab untuk berdoa.
Kita tau, doa tu merupakan senjata umat islam (mcm tajuk post), so kita mmg digalakkan untuk berdoa banyak2 dkt Allah, sebagai tanda rasa penghambaan diri terhadap Yang Maha Esa..
Sbnrnye, sepanjang masa pun kita boleh berdoa kat Allah, tak kisah pagi, malam, petang xpun lepas masak, sambil naik basikal dll..
haa..Allah mmg sukee sgt2 pada hamba-Nya yg byk berdoa dgn hati yg Ikhlas ni.
tapi, ade waktu2 yg mustajab supaya doa kita di terima Allah.. mende ni la yg sy jumpa.
so nk share la kat sini, moga bermanfaat untuk sapa2 yang sudi bace blog ni.. InsyaAllah =)
1. Ketika hujan.
2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)
4. Antaraazan dan iqamat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)
5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6. Ketika sujud dalam solat.
7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9. Sepanjang hari Jumaat.
Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.
Hari ni saya nak share satu cerita tentang Ikramah anak si Abu Jahal sbb saya baru je habis baca buku pasal beliau beberapa hari lepas.huhu
Ikramah ni pada mulanya mmg seorg yg keras hati dan merupakan seorg penantang yg tegar terhadap Nabi Muhammad dan juga Islam. Ayahnya, Abu Jahal mati di bunuh dalam Perang Badar dibunuh oleh 2 beradik kembar Ibnu Arfa’. Ikramah juga menyertai perang Badar dan perang Uhud. Tetapi waktu ni dia masih org kafir Quraisy.
Tetapi akhirnya Ikramah telah memeluk agama Islam dengan izin Allah. Benarlah, hidayah Allah tu sape2 je boleh dapat. Walaupun dia anak kepada Abu Jahal dimana kita mmg tau bertapa hebatnya tentangannya terhadap Nabi tetapi Allah telah membuka hati si anaknya, Ikramah sehingga beliau menjadi pembela dan akhirnya syahid di jalan-Nya.
Sebenarnya, kisah Ikramah ni sangat menarik. Beliau ada seorang isteri yang cantik pandai bernama Atikah. Mereka berdua berkahwin atas dasar cinta dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Umar. Sewaktu masih lagi bergelar orang2 penting kaum Quraisy, Ikramah sangatlah kaya dan dipandang tinggi. Tapi bila dah memeluk Islam, Ikramah sanggup berhabis hartanya demi memperjuangkan Islam. Beliau memang benar2 memeluk Islam atas kerelaan hatinya sendiri, bukan kerana paksaan atau pun ikut-ikutan.
Pernah tak dengar tentang pohon yg bernama Salameqi? Tak pernah?
Haa.. kat dalam kisah Ikramah ni ade cerita pasal pohon Salameqi. Cerita dia macam ni..
Pada suatu hari, Ikramah telah bertengkar dengan seorg kawannya bernama Hammas. Dulu Hammas ni kawan baiknye time menentang Muhammad, tetapi Hammas ni telah belot dgn Ikramah dan masuk Islam terlebih dahulu drp Ikramah. Mereka berdua ni bergaduh sbb Hammas ni asyik kutuk yg Ikramah ni mesti tak kan masuk Islam sbb bapak dia kan Abu Jahal, mesti la bapak borek anak rintik si Hammas ni cakap kat Ikramah.
Hari ini peperiksaan pertengahan semester 5 untuk tahun ke-3 sudah tammat. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga Allah memberikan yang terbaik untukku.
Sedar tak sedar, semester 5 sudah hampir ke penghujungnya. Sekejap sahaja masa berlalu. Dalam pada kita sentiasa sibuk, bangun pagi setiap hari, bersiap-siap untuk ke kuliah, untuk ke tempat kerja dan apa saja aktiviti seharian kita, rupanya kita juga sebenarnya semakin hampir dengan tarikh kematian kita. Ibarat seorang ibu yang mengandung yang mengusap lembut perutnya sambil menunggu anaknya lahir ke dunia, begitulah juga malaikat Izrail menjenguk kita setiap hari sehinggalah tiba masanya kita dijemput pulang ke pangkuan Allah SWT, Pemilik Langit dan Bumi serta seisinya.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai sakitnya sakaratul maut itu. Sebagaimana firman Allah,
Maksudnya : Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
[21:35]
Mati itu sakit ke tak? Ada riwayat yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad pernah bertanya kepada Nabi Ibrahim dalam peristiwa Isra’ Mi’raj tentang bagaimana rasanya mati itu? Kemudian Nabi Ibrahim menjawab,
“ Rasanya itu seperti gumpalan bulu basah yang diletakkan di atas kayu yang berduri kemudian ditariknya gumpalan itu secara songsang”
Begitulah cerita Nabi Ibrahim. Itu nabi, kalau nak dibandingkan dengan kita, makhluk-Nya yang hina tak tergambar rasanya bagaimana sakitnya itu. Allahu Akbar!
Dunia hari ini sepertinya susah untuk berjumpa dengan orang yang saling ingat mengingati tentang kematian. Sungguh. Termasuklah diriku sendiri. Padahal Nabi pernah bersabda bahawa orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling baik persiapannya untuk hari setelah kematian.
Imam al-Qurthubi juga berpesan, sentiasalah kita mengingati mati kerana dengan mengingati mati kita dapat menimbulkan perasaan cemas saat kita meninggalkan dunia yang fana. Ketika kita sedang berduka dan menderita, mengingati kematian akan membantu untuk mempermudahkan menghadapinya, kerana apa yang dialami itu tidak akan kekal abadi dan hanya bersifat sementara. Dan ketika kita sedang dalam keadaan gembira mengingati mati akan membuatkan kita tidak tertipu dengan nikmat yang sementara jua.
gambar hiasan
Bila kematian dah datang, segala apa yang ada di dunia ini sudah tidak berguna lagi. Kereta mewah? Intan berlian? Jutaan wang? Rumah besar? Bahkan kenangan-kenangan yang pernah kita cipta juga tidak mungkin dibawa masuk bersama ke dalam liang lahad. Cuma kain kafan sahaja harta yang ikut kita, itu pun kalau dibeli pakai duit yang kita tinggalkan. Apa yang penting sewaktu di alam barzakh hanyalah amal soleh dan sedekah jariah. Dan kalau ditakdirkan mempunyai anak yang soleh, doa dari anak itu merupakan satu lagi aset untuk kita di alam sana.
Tiada siapa pun yang tahu bila dia akan pergi meninggalkan dunia yang fantasi ini. Bahkan daku sendiri tidak dapat menjamin bahawa dalam masa 1jam lagi daku masih lagi menghirup oksigen milik-Nya ini! Subhanallah. Begitulah indahnya aturan Tuhan.
Akhir kalam, jadilah mukmin yang bijak wahai teman-teman yang aku sayangi. Sentiasalah kita mengingati mati, semoga dengan cara itu kita akan lebih tekun beribadah kepadanya kerana tujuan kita dilahirkan di dunia adalah sebagai ‘abdullah (hamba Allah). Mohonlah keampunan dari-Nya agar dihapuskan segala dosa-dosa yang lalu, dosa-dosa sewaktu kita masih jahil tentang agama. Mohonlah agar dijauhkan dari azab kubur dan di jauhkan tubuh kita dari azab api neraka.
Maksudnya : Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
[2:201]
Seimbangkan hal dunia dan hal akhirat dalam kehidupan seharian kita. Semoga Allah menerima amalan harian kita sebagai ibadah serta mendapat pahala disisi-Nya agar timbangan kita akan berat di sebelah kanan, menerima kitab amalan dengan tangan kanan dan termasuk dalam golongan kanan! InsyaAllah.
Ada bait indah yang sering kita dengar yang ingin daku kongsikan disini,
Beribadahlah kamu dengan bersungguh-sungguh seperti kamu ingin meninggalkan dunia ini pada esok hari, dan bekerjalah kamu dengan bersungguh-sungguh ibarat kamu akan hidup didunia ini selama-lamanya
Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Mohamad Asri Ibrahim, 40, 13 Ogos 2009.
Assalamualaikum diucapkan pada kawan-kawan yang sudi menjenguk blog ini. Ape kabo? Semoga diri dan iman terutamanya sehat sejahtera. Hurm sbnrnye saya tidaklah terlalu berminat dalam penulisan, sbb tu lah jarang menulis blog walaupun dipaksa@ didesak oleh eton @ peah. Haha maaf ye mu 1 dan mu 2. Tapi kenape plk hari ni tiba2 rasa mcm nak post sesuatu ek?
Oke, kalau diikutkan, sy didesak untuk menceritakan sedikit sebnyak tntg perkahwinan (walaupun sy masih lagi membujang) oleh mereka berdua tu. Tapi saya postpone dulu tajuk tu (Kalau rajin aku cerita :P) sbb hari ni sy nak cakap tentang pemimpin.
Kalau ada yang perasan, dalam seminggu ni, dekat Facebook ada artikel yang berlegar2 di Home FB tentang isteri PM merasmikan “Islamic Fashion Festival”. Saya tak tahu la pula kat mana acara ini dilangsungkan, ada sumber mengatakan dibuat di KL. Tengok pada nama dah bagus bunyinya. Tapi bila tgk pakaian yang diperagakan, astagfirullahala'dzim. Langsung tiada ciri Islamik di situ. TIADA! Dah boleh nk kata kalau tu fashion show biasa2 yg mat dan mek saleh buat. Rasa pelik jugak, kenape la si isteri PM tu a.k.a RM tak reti nak menilai mane baik buruk. Tak sejajar dengan hukum syara’ langsung! Sgt memalukan agama bangsa dan negara. Ape la agaknye persepsi org bukan islam bile tgk fashion show semacam itu nak2 pulak dirasmikan oleh org Islam. Haih~
Boleh try click kat sini kalau rase nk tgk macam mane “fesen sow” tersebut.
Oke, kembali kepada topik asal. Pemimpin merupakan kata terbitan dari perkataan pimpin yang bermaksud orang yang membimbing. Seperti yang kita tahu, ketua kerajaan, perdana menteri, menteri, menteri besar, nahkoda, laksamana, pengarah, boss dan byk lagi itu semua adalah gelaran untuk pemimpin. Tugas pemimpin sbnrnya bukanlah mudah. Mmg nampak mcm bes kepada sesiapa yg suka memerintah, tp ingat, nanti dekat akhirat Allah akan tanya kita, kita laksanakan dengan baik atau tak tugas kita tu. Sbb pemimpin ni akan menjadi contoh kepada rakyat.
Kita boleh analogikan pemimpin = tok imam dalam melaksanakan solat berjemaah. Bila tok imam sebut “Allahu Akbar” semua makmum akan menuruti apa yang tok imam buat, takde pulak yg membantah, kalo tak, batallah solat die! Tapi kalau tok imam solat zohor 5rakaat (konon nak dapat pahala lebih la katekan), padahal kita sbg makmum ni dah tau yg solat zohor tu hanya 4rakaat, tak boleh kurang xboleh lebih, sah2 la TAK BOLEH ikut sbb tu dah salah!
So same la jugak konsepnye dengan pemimpin dan rakyat. Kalau si rakyat dah tahu, dah nampak JELAS bahawa ape yg dibuat oleh pemimpin tu SALAH, kita tak wajib ikut telunjuk dia lagi. Sebab solat berjemaah mengikut tok imam yang kita buat setiap hari tu adalah latihan kehidupan harian kita 24jam diluar daripada jemaah.
Dan Allah pun berkata dalam surah An-Nisa ayat 59 (4:59) yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan ulil amri (pemegang kekuasaan)203 diantara kamu. Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikan kepada Allah(Al-Quran) dan Rasul(sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu, lebih baik akibatnya.”
203 : Selama pemegang kekuasaan berpegang pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul
Kadang-kadang bila ingat pasal pemerintahan dkt Negara sendiri, rasa sedih. Bila baca buku2 sejarah khalifah islamiah terdahulu, punye la mereka sgt kuat bepegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah. Rasa rindu pada zaman itu. Mmg sgt menunjukkan contoh pimpinan yg adil dan amanah. Contohnya Tariq bin Ziyad, Sultan Muhammad Al-Fateh, Umar Abdul Aziz dan lain2.
Antara kisah2 Umar Abdul Aziz yang saya petik dari internet yang boleh kita hayati…
"Fatimah istri Umar bin Abdul Aziz bercerita : Suatu hari aku menemui Umar bin Abdul Aziz sedang duduk di Mushallanya, ia letakkan kedua tangannya di kedua pipinya, sedang air matanya menetes di keduanya, lalu aku bertanya : “Wahai Amirul mukminin! Adakah sesuatu yang telah terjadi? Umar menjawab : “Wahai Fatimah, sesungguhnya aku dijadikan sebagai ketua negara yang menguruskan urusan umat, lalu aku merenungkan keadaan seorang fakir yang tertimpa rasa lapar, seorang sakit yang terlantar, orang kurus yang tidak punya pakaian, orang terzalimi yang terkalahkan, orang asing yang tertawan, orang yang berusia lanjut, orang yang mempunyai anak yang banyak, dan orang-orang seperti mereka di penjuru negeri, maka aku mengetahui bahwasanya Allah ta’ala akan bertanya kepadaku tentang mereka, dan aku akan mempertanggungjawabkan hal ini maka aku takut hujjahku tidak tegak, lalu aku kasihan terhadap diriku, dan menangis.”(rasa terharu baca kisah ni, mmg beliau sgt membela nasib rakyatnya)
"Maimun bin Mihran berkata : Umar bin Abdul Aziz menjadikan aku sebagai gubernur lalu ia berkata : “Jika datang kepadamu surat dariku yang tidak berdasar pada kebenaran maka buanglah di tanah."
"Kosongkan dirimu dari dunia, karena sesungguhnya engkau terlahir di dunia dalam keadaan kosong (tidak mempunyai apa-apa)
(Umar Abdul Aziz sgt mengagumi bait2 syair ini, sehingga beliau benar-benar mengamalkannya)
Serta ada satu lagi kisah yang saya sgt kagum dengan beliau adalah, dalam bilik dia bekerja. Ada dua batang lilin, satu untuk urusan Negara dan lagi satu untuk urusan sendiri. Dia tak akan menggunakan lilin kepunyaan Negara untuk urusan peribadi. Tgk! Kalau nk cari skrg ni, mcm tak mungkin ada je org buat satu lampu untuk kegunaan Negara n satu lagi lampu untuk peribadi. Wallahu’alam la, kalau ada mmg sgt bagus org tu.
P/s : kene sedar sebenarnya kita dah cukup umur untuk mengundi ni. So kene rajin2 sket tahu pasal politik nak2 politik islam. Biar kita tidak tersalah memilih apabila diberi peluang untuk mengundi. =)