Assalamualaikum,
Hari ini peperiksaan pertengahan semester 5 untuk tahun ke-3 sudah tammat. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga Allah memberikan yang terbaik untukku.
Sedar tak sedar, semester 5 sudah hampir ke penghujungnya. Sekejap sahaja masa berlalu. Dalam pada kita sentiasa sibuk, bangun pagi setiap hari, bersiap-siap untuk ke kuliah, untuk ke tempat kerja dan apa saja aktiviti seharian kita, rupanya kita juga sebenarnya semakin hampir dengan tarikh kematian kita. Ibarat seorang ibu yang mengandung yang mengusap lembut perutnya sambil menunggu anaknya lahir ke dunia, begitulah juga malaikat Izrail menjenguk kita setiap hari sehinggalah tiba masanya kita dijemput pulang ke pangkuan Allah SWT, Pemilik Langit dan Bumi serta seisinya.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai sakitnya sakaratul maut itu. Sebagaimana firman Allah,
Maksudnya : Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
[21:35]
Mati itu sakit ke tak? Ada riwayat yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad pernah bertanya kepada Nabi Ibrahim dalam peristiwa Isra’ Mi’raj tentang bagaimana rasanya mati itu? Kemudian Nabi Ibrahim menjawab,
“ Rasanya itu seperti gumpalan bulu basah yang diletakkan di atas kayu yang berduri kemudian ditariknya gumpalan itu secara songsang”
Begitulah cerita Nabi Ibrahim. Itu nabi, kalau nak dibandingkan dengan kita, makhluk-Nya yang hina tak tergambar rasanya bagaimana sakitnya itu. Allahu Akbar!
Dunia hari ini sepertinya susah untuk berjumpa dengan orang yang saling ingat mengingati tentang kematian. Sungguh. Termasuklah diriku sendiri. Padahal Nabi pernah bersabda bahawa orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling baik persiapannya untuk hari setelah kematian.
Imam al-Qurthubi juga berpesan, sentiasalah kita mengingati mati kerana dengan mengingati mati kita dapat menimbulkan perasaan cemas saat kita meninggalkan dunia yang fana. Ketika kita sedang berduka dan menderita, mengingati kematian akan membantu untuk mempermudahkan menghadapinya, kerana apa yang dialami itu tidak akan kekal abadi dan hanya bersifat sementara. Dan ketika kita sedang dalam keadaan gembira mengingati mati akan membuatkan kita tidak tertipu dengan nikmat yang sementara jua.
gambar hiasan
Bila kematian dah datang, segala apa yang ada di dunia ini sudah tidak berguna lagi. Kereta mewah? Intan berlian? Jutaan wang? Rumah besar? Bahkan kenangan-kenangan yang pernah kita cipta juga tidak mungkin dibawa masuk bersama ke dalam liang lahad. Cuma kain kafan sahaja harta yang ikut kita, itu pun kalau dibeli pakai duit yang kita tinggalkan. Apa yang penting sewaktu di alam barzakh hanyalah amal soleh dan sedekah jariah. Dan kalau ditakdirkan mempunyai anak yang soleh, doa dari anak itu merupakan satu lagi aset untuk kita di alam sana.
Tiada siapa pun yang tahu bila dia akan pergi meninggalkan dunia yang fantasi ini. Bahkan daku sendiri tidak dapat menjamin bahawa dalam masa 1jam lagi daku masih lagi menghirup oksigen milik-Nya ini! Subhanallah. Begitulah indahnya aturan Tuhan.
Akhir kalam, jadilah mukmin yang bijak wahai teman-teman yang aku sayangi. Sentiasalah kita mengingati mati, semoga dengan cara itu kita akan lebih tekun beribadah kepadanya kerana tujuan kita dilahirkan di dunia adalah sebagai ‘abdullah (hamba Allah). Mohonlah keampunan dari-Nya agar dihapuskan segala dosa-dosa yang lalu, dosa-dosa sewaktu kita masih jahil tentang agama. Mohonlah agar dijauhkan dari azab kubur dan di jauhkan tubuh kita dari azab api neraka.
Maksudnya : Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
[2:201]
Seimbangkan hal dunia dan hal akhirat dalam kehidupan seharian kita. Semoga Allah menerima amalan harian kita sebagai ibadah serta mendapat pahala disisi-Nya agar timbangan kita akan berat di sebelah kanan, menerima kitab amalan dengan tangan kanan dan termasuk dalam golongan kanan! InsyaAllah.
Ada bait indah yang sering kita dengar yang ingin daku kongsikan disini,
Beribadahlah kamu dengan bersungguh-sungguh seperti kamu ingin meninggalkan dunia ini pada esok hari, dan bekerjalah kamu dengan bersungguh-sungguh ibarat kamu akan hidup didunia ini selama-lamanya
Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Mohamad Asri Ibrahim, 40, 13 Ogos 2009.
Wallahu’alam…
~IZAN~
2 comments:
offwhite
yeezys
supreme
balenciaga
golden goose outlet
air max 2019
kobe shoes
balenciaga trainers
nike off white
fila
click here for info replica ysl bags Look At This replica designer bags this content best replica designer
Post a Comment