Feb 21, 2011

Doa itu Senjata bagi orang-orang Mu'min



Assalamualaikum, 


hari ni (to be exact, ptg ni lepas UO cancel) sy jalan2 dekat page ustaz zahazan kat FB, jumpa satu mende yg bermanfaat yaitu waktu yg mustajab untuk berdoa. 


Kita tau, doa tu merupakan senjata umat islam (mcm tajuk post), so kita mmg digalakkan untuk berdoa banyak2 dkt Allah, sebagai tanda rasa penghambaan diri terhadap Yang Maha Esa.. 


Sbnrnye, sepanjang masa pun kita boleh berdoa kat Allah, tak kisah pagi, malam, petang xpun lepas masak, sambil naik basikal dll..


haa..Allah mmg sukee sgt2 pada hamba-Nya yg byk berdoa dgn hati yg Ikhlas ni. 


tapi, ade waktu2 yg mustajab supaya doa kita di terima Allah.. mende ni la yg sy jumpa.


so nk share la kat sini, moga bermanfaat untuk sapa2 yang sudi bace blog ni.. InsyaAllah =)

=============================================****=============================================

WAKTU2 MUSTAJAB UNTUK BERDOA

1.      Ketika hujan.
2.      Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3.      Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4.      Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5.      Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6.      Ketika sujud dalam solat.
7.      Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8.      Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9.      Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10.  Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

selamat berdoa :)
Wallhu'alam~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...