Feb 18, 2011

~Ikramah & Pohon Salameqi~

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak share satu cerita tentang Ikramah anak si Abu Jahal sbb saya baru je habis baca buku pasal beliau beberapa hari lepas.huhu 

Ikramah ni pada mulanya mmg seorg yg keras hati dan merupakan seorg penantang yg tegar terhadap Nabi Muhammad dan juga Islam. Ayahnya, Abu Jahal mati di bunuh dalam Perang Badar dibunuh oleh 2 beradik kembar Ibnu Arfa’. Ikramah juga menyertai perang Badar dan perang Uhud. Tetapi waktu ni dia masih org kafir Quraisy.

Tetapi akhirnya Ikramah telah memeluk agama Islam dengan izin Allah. Benarlah, hidayah Allah tu sape2 je boleh dapat. Walaupun dia anak kepada Abu Jahal dimana kita mmg tau bertapa hebatnya tentangannya terhadap Nabi tetapi Allah telah membuka hati si anaknya, Ikramah sehingga beliau menjadi pembela dan akhirnya syahid di jalan-Nya.

Sebenarnya, kisah Ikramah ni sangat menarik. Beliau ada seorang isteri yang cantik pandai bernama Atikah. Mereka berdua berkahwin atas dasar cinta dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Umar. Sewaktu masih lagi bergelar orang2 penting kaum Quraisy, Ikramah sangatlah kaya dan dipandang tinggi. Tapi bila dah memeluk Islam, Ikramah sanggup berhabis hartanya demi memperjuangkan Islam.  Beliau memang benar2 memeluk Islam atas kerelaan hatinya sendiri, bukan kerana paksaan atau pun ikut-ikutan.

Pernah tak dengar tentang pohon yg bernama Salameqi? Tak pernah? 
Haa.. kat dalam kisah Ikramah ni ade cerita pasal pohon Salameqi. Cerita dia macam ni..

Pada suatu hari, Ikramah telah bertengkar dengan seorg kawannya bernama Hammas. Dulu Hammas ni kawan baiknye time menentang Muhammad, tetapi Hammas ni telah belot dgn Ikramah dan masuk Islam terlebih dahulu drp Ikramah. Mereka berdua ni bergaduh sbb Hammas ni asyik kutuk yg Ikramah ni mesti tak kan masuk Islam sbb bapak dia kan Abu Jahal, mesti la bapak borek anak rintik si Hammas ni cakap kat Ikramah.


Hammas ni die Islam tp die munafik.
  1.  dia jeles dgn Ikramah sbb Ikramah dapat pengampunan dr Nabi sbb Atikah yg mintak kat Nabi maafkan suaminya (sbb sblm ni nama Ikramah di blacklist oleh Nabi org2 yg xleh dimaafkan n kalo jumpe je terus bunuh).
  2.  Dia berharap kalau Ikramah ni mati. Dia akan kahwin dengan Atikah n harta2 peninggalan Ikramah akan dapat kat dia.
  3.  Dia ni nak kembali kepada kehidupan dahulu macam  sembah berhala, minum arak, berseronok ngan wanita2 dll,dsb.
  4. Yang paling teruk die g hasut Musailamah, ketua Bani Hanifah supaya mengaku jadi nabi. Sampailah si Musailamah ni termakan hasutan.


Oke sambung balik. Lepas tu diorg ni berjanji nak jumpa kat lembah Raudhah n nk lawan satu lawan satu la. Tp Hammas ni main kotor. Die duk cakap kat Ikramah jgn bawak pengikut2 supaya adil. Padahal si Hammas ni la yg g bawak pengikut2 die. Ade ke patut.

Mula2 mmg diorg lawan satu lawan satu. Tapi Ikramah ni mmg sorg pahlawan yg handal. So Hammas ni xlarat dah nk counter, so die pun jerit suh pengikut2 die yg tgh menyorok keluar.  Tak aci betol la..!


Ikramah kene kepung n disuruh menyerah, tp dia ni tabah, so xnak menyerah. Ikramah lawan jugak. Tapi sampai satu tahap dia dah tak larat n berjaya loloskan diri dia dari kepungan pengikut2 Hammas ni. Orang zaman dulu kan berperang atas kuda. So ikramah ni suh la kuda dia lari laju2.


Tiba2 dia nampak ada sebatang pohon kayu rendang yg keluarkan cahaya ,so dia meluru ke arah pohon tu untuk dijadikan tempat perlindungan . Tapi kuda dia seolah2 xnampak  pohon tu n lari je laju2. Tapi terjadi suatu keajaiban sbb kuda tu macam melanggar kabus then Ikramah dah pun dah berada di alam lain. 
Hebatkan? (macam cerita Harry Potter  plk) tapi bezanya, ni kisah benar.

Hammas dengan pengikut2 dia pun nampak ape yg jadi dekat Ikramah. Diorg pun try cari2 tapi mmg xjumpe seolah2 Ikramah dah ditelan oleh pohon tu. Pastu diorg pun ambil keputusan untuk tanya Nabi. So Nabi pun suruh la bawak baginda n sahabat2 ke lembah Raudhah tu. Waktu tu pohon tu masih ada kat situ. Kemudian Umar cakap “kalau betul pohon tu yg telan Ikramah, dia akan tebang pohon tu”.

Bila umar dah hunus pedang, tiba2 pohon tu meliuk-liuk spt ditiup angin kencang. Kemudian, pohon tu terbelah dua lalu keluar Ikramah sambil menunggang kuda.Ikramah pun mendapatkan Rasulullah untuk meminta tolong. Kemudian Rasulullah meminta Ikramah menceritakan apa yg terjadi.

Ikramah pun berceritalah dari dia dikejar dan sewaktu berada di alam lain tu katanya, tempat tu sgt luas dan tak nmpk tepinya. Ia seperti sebuah padang pasir tetapi pasirnya putih bersih seperti salji. Cuaca di tempat itu tidak sejuk dan tidak panas. Cahaya terang benderang tp anehnya Ikramah tidak melihat matahari. Hanya ada Ikramah dan kudanya. Ceritanya lg, tiba2 ada pusaran angin kencang menuju kearahnya. Jadi untuk menyelamatkan diri, Ikramah menunggang kudanya dan pada masa yg sama Ikramah terlihat sebtg pohon dan dia menuju ke arah pohon itu. Ikramah dan kudanya masuk ke dalam kayu. Akhirnya sampai la beliau di depan Nabi.



Rasulullah menerangkan bahawa Allah telah menyelamatkan Ikramah dengan memasukkannya ke alam lain. Kemudian Allah mengeluarkannya semula dari alam itu untuk membolehkan Ikramah meneruskan hidup di dunia. 

Setelah itu, Rasulullah pun menyeru Ikramah memeluk Islam memandangkan sudah beberapa kali diselamatkan Allah. Lalu Baginda meminta Ikramah mengucap dua kalimah syahadah. Ikramah pun meyambut seruan Rasulullah dan mengucap dua kalimah syahadah. 

Tak lama kemudian, Bilal melaungkan azan dan mereka sama2 solat Subuh di tempat itu. Sebaik sahaja matahari terbit, maka pohon yg bercahaya itu pun hilang dari pandangan.

“Pohon apakah itu wahai Rasulullah?” tanya Abu Bakar. Rasulullah berkata, pohon itu adalah sejenis pohon yang tumbuh di makam Nabi Sulaiman. Pohon inilah yang dinamakan POHON SALAMEQI.

Itulah sedikit kisah tentang Ikramah bin Abu Jahal yang Allah bagi bantuan padanya walaupun masa tu dia masih lagi org musyrik.

Saya terbaca suatu ayat yg saya rasa boleh dikaitkan dengan kisah Ikramah ni, dimana Allah berfirman :

“Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya" 
[Yunus,10 : 107]

Oke. Tu saja untuk kali ni. Afuan sbb post yg saya buat selalu je panjang bejele2. Mesti org malas nak baca, tp takpelah. Sekurang2nya sy berniat untuk share sesuatu. Moga2 ada yg dapat manfaat daripada kisah Ikramah yg sy post kali ni. Wallahu’alam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...