Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Jun 29, 2011

Kisah Orang Tabah

assalamualaikum..

tiba2 ptg ni ada idea untuk menulis pulak..
tapi tak tau nk mula dari mana.. huhu.. 
nak buat gane, bukan penulis blog tegar mcm kak eton.. ;p

oke, sy nk share sikit la pasal kisah kehidupan kat indonesia ni..
sebenarnya saya suka hidup kat sini,
tapi masih mencintai kg halamanku dan.. 
tak berniat untuk menukar status warganegara apatah lagi bermigrasi.. hee

oke, kenape ye saya suka hidup kat sini? 
sebab.. saya suka semangat hidup org kat sini..
mereka ni terlalu tabah menjalani hidup, maklum la kan, indonesia kan salah satu negara ketiga,
 negara yg sedang membangun. ditambah pula dengan rakyat yang bersepah-sepah..
yang kaya kat jakarta ni mmg nampak ramai, tp yg tak berkemampuan tu pun sebenarnya ramaaai...

disebabkan org yang tak berkemampuan ni ramai, 
so mcm2 cara mereka buat untuk cari duit.
biasanya dorg akan jualan dorongan- jual goreng pisang ke, bakso ke, mee ke, dakwet (senjenis minuman, ala2 ABC n sedap!)  
biasanya dorg akan jalan3 ke mana2 nk cari rezeki, 
sampai sy terpikir,
dh berape kilo die ni tolak dorongan die hari ni?
tak lenguh ke?? tabah2..

ada jugak yg jual tissue,air botol, masker, gula, map, paper yang akan naik bila metro mini (mcm bus ting tong kt mesia) berenti skjp, 
tp bus ni mmg burok gile, tp ktorg tetap naik sbb murah sgt. :D
dorg ni pun tabah dan sabar sbb kalo kat mesia nk cari org untuk buat macam ni konfem payah..

n kalo hujan pulak akan ade org yg sewakan payung! nk kate terkejut pun ye, 
kagum pun ye jgk..
first time jumpa kejadian ni waktu sy g bandung ngan ambar Disember 2009 dulu..
mmg terkesan dengan kisah budak yg sewakan payung untuk kitorg ni T__T.. 

masih basah dalam ingatan mcm mana rupa budak ni..moga Allah jaga budak ni dgn baik..
budaknye name selamat, kecik je, kurus, ingtkan umur dia 9 taun, rupa2nya dah 11 tahun.. isk..
sbb lama sgt sewa dia, so sempat la sy borak2 ngan dia, so tanye la die, suke ke buat keje2 mcm ni, dia jawab dia x suke tp kene buat sbb dia nk cari duit untuk byr alat skolah..dia anak bongsu, ayah die pulak dah takde sejak dari kecik lagi.. n kat rumah pun die kadang masak sdri (goreng telur), bile tanye knp mak die tak buat, dia x jawab pun.. time tu cuti skolah n musim hujan plk tu. so hari2 la jgk dia pergi area dago kat bandung tu untuk sewakan payung.. sempatlah diriku bg nasihat sikit2 n bg die upah yg sy rasa nyesal bg sebanyak tu je.
semoga adik jadi org yg ingat Allah n kuat jalani hidup.. 

kisah lain pulak, waktu baru balik dari Hafiy beberapa hari yg lalu, ambik makanan untuk cik eton sakit, sy ternampak nenek yg selaaaaluu bwk plastic bag byk2 n berat2 tgh berjalan.. aduh.. sy bukan xnk tolong nek, tp kawan sy sakit. n eton pun kate, kalo tolong arini, esok dia buat lagi (mcm jht plk bunyi nye). tp mmg, dr awal ktorg duk sini, mmg dah pernah jumpa nenek ni.. nenek ni kuruuss sgt2.. die pernah bgtau ktorg yg dia beli brg org2 pesan kat dia n ade jgk brg2 yg dia jual. sy pernah beli sayur yg die jual lepas tlg dia angkat brg tu ngn damey.. sgt murah kot dia jual! mcm xde untung pun sy rasa.. tp nk buat camne, dia mmg sgt2 tabah.. tak reti dah nk tolong nenek ni camne.. rasanya, dalam kamus hidup dia mmg tak pernah ada perkataan putus asa.. semoga Allah pun membalas kebaikan2 nenek tlg beli brg2 untuk org yg pesan tu dengan balasan yg setimpal..

salah satu lagi kelebihan kat sini saya rase ialah, terus boleh buat sedekah jariah bila kaki melangkah keluar dari rumah. terlalu banyak boleh kutip pahala kat sini. tapi kutip dosa pun apa kurangnya kalau tidak menjaga pandangan mata.hehe

cumanya sy tidak suka 3 perkara kat sini sampaikan saya dah bagi gelaran kat kota jakarta ni. 
kota macet, kota sampah dan kota asap. tiga ni mmg sy xtahan..!

tapi, pandanglah perkara2 yang kita lalui ni dari sudut yg positif dan optimis
(ye,sedang melatih diri untuk jd positif & optimis)
semoga saya pun boleh jadi setabah orang2 diatas untuk mengapai redha Allah di dunia ini..
tabah dari segi beribadat kepada pencipta
tabah dari segi belajar
tabah dari segi persahabatan
tabah dari segi nk didik kesabaran
tabah dari segi kene marah ngn lecturer
tabah dari segi kegawatan ekonomi sendiri
tabah dalam segala2nya yang akan terjadi..insyaAllah..

tu saje repekan untuk petang ni.. 
sekian, wassalam

Jakarta,29 june 2011
IB

Jun 2, 2011

Antara Dengki dan Rezeki

Assalamualaikum,

Ketemu lagi kita di rancangan ini sekali lagi, iaitu “Sejenak di hanrylis.blogspot”. Saya, Eton sebagai pengacara anda  pada kali ini. Hari ini topik yang akan kita bincangkan atau ketengahkan ialah “Antara Dengki dan Rezeki

Bila kita bercakap tentang dengki, perkataan itu memang sangatlah simbolik dengan kita, sebagai orang Melayu di atas tanah dalam peta yang bernama Malaysia. Tidak perlulah kita bahaskan mengenai asal usul perkataan Malaysia. Nanti jauh melalut perginya. Cukuplah hanya ada istilahnya sahaja. ^_^
Baiklah, kembali kepada topik utama. Dengki di kalangan orang Melayu. Antara contohnya ialah:

Scene 1 :
A : Dekat Depsos ada kedai makan baru buka. Orang punyalah beratur panjang gila. Kereta berderet-deret. Jalan depan dia macet kaleeee..
B : kedai yang mana satu? Yang depan kedai jual cat tu ke? Hish. Aku dengar makcik jiran aku sembang dengan makcik sebelah rumah dia semalam, dia kata dia nampak tukang masak kedai tu bersin betul-betul depan kuali kari kepala ikan diorang. Pastu buat muka slumber pegi tempat lain. Lepas tu, bersin kat kuali lain pulak. Pelaris agaknye.

Scene 2 :
A : Kenapa kedai dekat hujung jalan tu dah takde orang makan?
B : ntah, aku dengar tuan kedai tu santau orang yang pergi makan kat kedai dia.

Ok. Tuan-tuan dan puan-puan, sampai situ sahaja contoh-contoh yang ada. Ada banyak contoh lain yang boleh diketengahkan tapi cukup-cukup lah apa yang ada sahaja. Begitu simboliknya Melayu dengan kedengkiannya atau ke-dongkey-an. Bak kata kawan-makan-di-kedai-Mba Ida saya, Melayu punya pendirian senang sahaja “wa xkaco business lu, lu jangan kaco kedai wa
Ada apa dengan dengki ni ya tuan-tuan dan puan-puan?  ~Adaaa apaaa dengan dengkiiiii~ (background sound lagu Ada Apa Dengan Cinta, Indonesian movie)

Aku selalu tanamkan dalam diri ini, bahawa berdengki itu artinya kau menuang racun ke dalam mulutmu sendiri hingga mengalir sampai usus, lalu berharap bahwa musuh-musuhmu lah yang mati kerananya. Apakah yang demikian itu tindakan orang berakal?”
[Ali Zainal ‘Abidin ibn Husin]

“ dari kejahatan (bisikan) setan yang bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam hati atau dada manusia”
[An-Nas:4 & 5]

“Katakanlah, “Aku berlindung, kepada Tuhan yang menguasai subuh (Fajr), dari kejahatan (Makhluk) yang Dia ciptakan, dan dari kejahatan (perempuan) penyihir yang meniup pada buhul-buhul (talinya), dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki
[Al-Falaq: 1-5]

Naaaaaaaaah coba (nada Indonesia). Begitu hebatnya dengki ini sampai Allah SWT turunkan dalam Al-Quran ayat yang menerangkan tentang kejahatan (kita anggap dengki sebagai salah satu dari kejahatan) dan ayat yang melindung kita dari dengki itu secara khusus. Dengan adanya satu dari beribu ayat Quran menyatakan tentang dengki, itu sudah cukup menampakkan betapa berkuasanya dengki itu dalam kehidupan manusia. Kalau tidak, takkan lah Nabi Muhammad SAW kita sendiri disihir? Betul tak?

Berbalik kepada topik kita. Perkara kedua yang akan dibincangkan ialah rezeki. Munculnya dengki ialah kerana ketidakpuashatian kita dengan rezeki yang Allah dah beri kepada kita. Timbulnya rasa yang orang lain harus mendapat kurang dari diri sendiri, sombong dan bongkak dengan nikmat kurniaan Allah SWT menyebabkan dengki atau hasad atau kejahatan itu berleluasa.

“Dan tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasinya (bagi siapa yang Dia kehendaki) ? Sesungguhnya pada demikian itu terdapat tnada-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman
[Az-Zumar:52]

Alhamdulillah, Allah SWT juga menurunkan ayat mengenai rezeki dalam Quran. Nampak tidak perkataan yang di-bold-kn diatas? Allah menyatakan bagi sesiapa yang redha dengan ketetapan rezeki pemberian Allah, itu telah menampakkan tanda iman berputik dihatinya.

Ingatkan nak becerita tentang seorang sahabat Nabi yang dijanjikan syurga kerana dia tidak pernah mempersoalkan nikmat yang Allah beri pada orang lain, walaupun dirinya sendiri miskin.
Tapi tak jumpa pulak kat mana cerita tu ada. Haih. Jika anda rajin, boleh mencari dalam buku Dalam Dekapan Ukhuwah tapi saya da cari 10x tak jumpa. Haha. Mungkin dalam buku lain.

Tujuan entry ini di-post-kn agar kita semua mulai lah mensyukuri segala nikmat dari Allah SWT dan berhentilah mempertikaikan rezeki yang ada pada orang lain. Rezeki tiap orang lain-lain, kenapa nak membuang masa dan tenaga hanya untuk berusaha melihat rezeki/nikmat pada sahabat anda dan berpenat lelah mempertikaikannya?

Mulai hari dengan mensyukuri nikmat yang Allah berikan yaitu kita masih dapat bernafas dan sihat. Mula melihat nikmat yang ada pada diri sendiri dan anda akan mulai tenang menjalan ni hidup pada hari ini. Peace!!!

May 19, 2011

Analogi Menarik

Salamun'alaik..


dah lama sy tak menaip untuk tulis apa2.. tak reti la nk menulis2 ni.. sorry morry ye sahabat2 ku esp. si eton.. 
salah satu punca kenapa sy malas nk menulis blog ni adalah sbb sy akan ambik byk masa untuk menaip. minimum 2jam.. haha, tak reti mcm mana nk jadi penulis yg pantas. 20 minit dh siap post yg mantap. aish, mmg kene byk belajar lagi.. insyaAllah doakan =)


tanpa membuang masa, sy nk terus kepada point.. 
tgk tajuk pun harap semua dah tau, analogi tu bermaksud kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud tertentu, dan dalam erti kata lain boleh jugak dikatakan sebagai kias..


cerita ni saya dapat dalam usrah minggu lepas..
murabbi yg kasik..jazakillah papa (heheh)
nk post dah lama tp tak berkesempatan plk sbb kekangan waktu dan tugas2 yg lain..


oke, cerita ni ada beberapa watak.. ada Manusia, ada Harimau, ada Buaya, ada telaga, ada Tikus hitam dan putih, ada Tali, dan ada Lebah dan madunya..


Kisahnya bermula apabila Manusia terserempak dengan Harimau di dalam sebuah hutan, manusia melarikan diri semampunya agar tidak di "ngap" oleh sang harimau.. 


comel je rimau ni, huhu




Lari punya lari, harimau masih lagi mengejar manusia tanpa rasa penat dan lelah.
Kemudian, manusia ternampak ada satu perigi di hadapan dan manusia masuk ke dalam perigi tadi menggunakan seutas tali..








Tetapi, di dalam telaga tersebut, rupa-rupanya Buaya sedang menunggu manusia!
Oh kemana lagi arah tujuan manusia..?
Pandang ke atas, Harimau masih menunggu,
Jenguk ke bawah, Buaya menanti..
Tetaplah manusia memegang tali tersebut untuk menyelamatkan diri.




Tiba2, datang lah dua ekor tikus. Yang satu hitam, yang satunya lagi putih.
Apa pulak yang tikus ni buat??
Yaaa... mereka secara perlahan2 menggigit tali, tempat manusia berpegang! 
Oh, sedihkan bila dengar, sungguh malang nasib manusia rasanya..


Maka, si tikus hitam dan putih bergilir2 menggigit tali tersebut..
Semakin resah ketakutanlah manusia dibuatnya..


Setelah beberapa ketika, sewaktu manusia sedang merasa sedih dengan nasib dirinya, 
datanglah seekor lebah membawa madu, dan dengan secara tidak sengaja, 
lebah tadi menumpahkan madu yg dibawanya itu ke dalam mulut manusia.


Langsung! Manusia tadi terus terlupa akan kesulitan yang sedang dihadapinya tadi!
Harimau, Buaya dan Tikus hitam dan putih, sudah tidak manusia fikirkan lagi..
Apa yang difikirkan ketika itu hanyalah lazatnya madu yg menitis masuk di dalam mulutnya..
Sedangkan, bahaya2 tadi masih lagi tetap menunggu masa, tidak pernah melupakan si manusia!


Waahh, begitu mudahkan si manusia lupa??


Jadi, apa yang anda rasa saya nak sampaikan? 


Haa, marilah sekarang saya khabarkan, apakah analoginya itu..


1. Manusia = Diri kita sendiri
2. Harimau = Malaikat Maut yg tidak pernah jemu menjenguk kita setiap hari
3. Tali  = Umur yang dikurniakan Allah
4. Tikus Hitam dan Putih = Malam dan Siang yg silih berganti. Sbb itu di atas dikatakan tikus hitam dan putih bergilir menggigit tali..
5. Buaya = Malaikat Munkar dan Nakir yg menunggu kita apabila masuknya kita ke alam barzakh
6. Lebah dan Madu = Nikmat dunia 


Boleh tak link kan cerita tu dengan kehidupan realiti kita??
Harap2 boleh la ya...


Analogi ni sangat simple, tapi sangat mendalam maksudnya..
Mmg manusia tidak dapat lari dari hakikat bahawa kematian itu pasti.
Mmg manusia mudah tertipu dengan nikmat dunia, padahal itu hanya sedikit jika nak dibandingkan dengan nikmat akhirat yaitu syurga yg abadi...


Fikir-dikirkan dan selamat beramal..
Mudah-mudahan, Allah hitung amalan2 kita di dunia ini sebagai tabungan untuk akhirat kelak.. 
InsyaAllah.. =)


Apabila kembalinya manusia kepada Penciptanya, maka, ada 3 perkara yang akan mengiringinya ke kubur yaitu KELUARGANYA, HARTANYA serta AMALNYA sewaktu dia hidup. Dan setelah selesai dia dikebumikan, maka akan pulanglah keluarga dan hartanya meninggalkan dia keseorangan. Hanya AMALAN yg akan setia menemaninya sewaktu dia bersendirian di dalam kubur...




Jakarta, 19 Mei 2011

IB

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...