Apr 25, 2011

WHY USRAH? Waeyo?

Assalamualaikum,

Post kali ni terkait erat dengan perkara-perkara yang terjadi di sekitar saya kebelakangan ini. Nak-nak apa yang berlaku semalam. Perkara yang berlaku menyebabkan saya sendiri yang memang dalam kelompok usrah ini pun bertanya-tanya pada diri sendiri. Kenapa usrah? Perlukah?
Ada banyak persoalan dan sindiran-sindiran bila perkataan usrah dibangkitkan, terutama pada orang yang di luar kelompok ini atau yang tidak termasuk dalam golongan ini. Antaranya :

“salah kah kalau kitorang tak ikut usrah?”
“nanti ada program kt kedutaan, kau dan seluruh kelompok usrah kau dijemput datang”
“nak pergi mana tu..usrah la tu..takde mende lain la tu”
“diorg mane pegi karok ni, tmpt karok pon xtau..usrah kaaan”
“ak xnk join la usrah korang..ak kne pastikan apa yang korg ckp tu btol”
“ala bahan yg korg nk btau tu sume ade kt internet..membazir waktu je datang dari jaoh”
“ak da cukup ilmu agama dlm dade..xperlukan sume ni”

Begitu perit kadang-kadang untuk menjawab soalan-soalan dan sindiran-sindiran yang dilemparkan, walau dengan niat atau tidak di hati orang yang melemparkan kata-kata diatas.
Apa yang akan dilakukan bila persoalan-persoalan diatas ialah menjawab dengan senyuman seikhlas hati dan tawakal kepada Allah SWT.

Ok. Kita semua setuju bahwa agama merupakan perkara paling penting di dalam hidup masing-masing. Kita akan jadi sangat berwaspada atau alert  pada kata-kata orang yang menyampaikan tentang Islam dan mulalah terdetik di hati pertanyaan kesahihan atau kebenaran kata-kata orang tersebut.

Wahai sahabatku,
Ketahuilah pada saat anda mula bertanya itu bermaksud Allah SWT telah membuka pintu hati anda untuk mula memahami dan mendalami agama-Nya iaitu Islam. Perkara ini berlaku tanpa anda sedari. Di saat anda mula mengumpul segala macam alasan untuk menolak ajakan ber-usrah, ketahuilah yang anda telah berjaya mengumpul sekian waktu untuk memikirkan Allah SWT. Anda takut pegangan yang selama ini anda pegang goyah kerana kata-kata orang lain.
Tapi di akhir cerita, anda telah meluangkan waktu untuk berfikir tentang Allah SWT.
Ketahuilah yang kita memang wajib memikirkan tentang Allah bukan beberapa minit di dalam satu hari tapi setiap detik dan tindakan yang dilakukan hanyalah kerana Allah SWT.


 Wahai sahabatku,
Kita sebagai pelajar IPT yang dikatakan pada waktu yang sangat sibuk dengan pelbagai assignments dan berbekalkan iman yang tipis di dada, berapa banyakkah usaha kita untuk memikir dan mencari Allah di luar waktu solat dan beberapa minit membaca Al-Quran antara waktu Maghrib dan Isyak? Dengan persekitaran jahiliah yang merata dan berleluasa, berapa banyak usaha kita?

Ya, mungkin info yang di dalam usrah itu boleh didapat di internet, tapi adakah anda akan berusaha mencarinya jika tidak ada pemicu untuk anda mencari? Jika tidak dipupuk dan ditanam di dalam hati, ilmu Allah itu berada dimana-mana dan sangat berharga, adakah kita akan mencari? Perlukah kita menunggu sehingga ketetapan Allah SWT datang seperti bencana alam, baru kita tersedar dan mulai takut akan kekuasaan-Nya?

Disini saya nyatakan contoh bahan yang boleh didapat di internet :
 Terjadinya rusuhan dan kebangkitan suara rakyat di Timur tengah.
Ya, ia dimulai di Tunisia akibat seorang rakyatnya membakar diri.
Ya, perkara ini sangat banyak di internet.
Tidak, saya tidak mencari bahan ini di internet kerana saya diberitahu oleh seorang akhwat yang sangat suka mencari membaca kerana beliau seorang guru.
Ya, saya percaya akan info yang diberitahu beliau kerana saya tau saya tidak mampu untuk mencari bahan di internet tapi saya ada membaca di surat khabar
Kenapa saya terus percaya?
Kerana saya tahu bahawa seseorang yang takut akan kekuasaan Allah SWT, tidak akan berani mempermainkan atau menjual nama Allah hanya kerana ingin menjadi center of attention.

Wahai temanku,
Kita memerlukan waktu untuk mengenali seseorang dengan mendalam. Jangan lah dikau menggunakan alasan perlu rapat dengan seseorang untuk mempercayai kata-katanya sebagai alasan yang sangat kukuh. Ya, kita mungkin tidak mengenali rakan usrah kita dengan sangat rapat, tapi dengan berjalannya waktu, berbekalkan kasih sayang hanya kerana Allah SWT, kita secara tidak langsung akan menjadi sangat kasih dan sayang pada sahabat itu. Mungkin anda memerlukan 7-8tahun untuk mengenali sahabat itu, tapi dengan niat yang satu, hanya beberapa minit diperlukan untuk kita menyayangi dan mengenali sahabat itu. Berbalik pada kata-kata yang di-bold di atas.

Wahai sahabatku,
Berbekalkan beberapa perkara diatas, disitulah fungsi usrah itu berlangsung.
Pertama, supaya kita berfikir tentang Allah pada tiap saat dan gerakan kita.
Kedua, supaya kita mengenali ilmu Allah yang sangat meluas. Kita tidak mungkin mampu untuk mencari segala ilmu-Nya, tapi di dalam usrah, kita menjadi kagum dengan usaha akhwat didalam usaha beliau untuk menjelaskan walau sedikit ilmu yang dipelajarinya.
Ketiga, supaya kita dapat menjalinkan silaturrahim yang suci hanya kerana Allah SWT.


Wahai temanku,
Rasullullah SAW dicerca, dihina, dan dimarahi bukanlah kerana beliau menemukan suatu agama lain pada saat Mekah yang memang telah banyak tuhan diciptakan. Para sahabat Rasullullah SAW diseksa hingga titisan darah terakhir bukanlah juga kerana itu. Tetapi mereka diperlakukan seperti itu kerana mereka menyebarkan agama Allah. Ya. Kerana mereka menyebarkan.

Tidak terlintaskah dihati kalian, kenapa pada waktu dahulu Nabi SAW dan para sahabat tidak menggunakan flyers atau  brochure untuk menyebarkan agama Allah? Kenapa perlu berjalan dari rumah ke rumah untuk menyebarkan?
Ya, kerana kata-kata itu lebih menusuk dan langsung ke dalam hati. Kata-kata lebih dapat menyentuh hati dari hanya membaca di internet dengan berbekalkan iman yang tidak sempurna. Perasaan atau  feeling itu sangatlah berbeza.

Kata akhir dari post, sudah-sudahlah bersangka buruk dengan orang yang ikut usrah. Bersangka baiklah, mungkin itu lebih baik.

Tanyalah pada diri sendiri jika anda terasa hati dengan post ini, jika anda mampu melakukan perkara-perkara di atas tanpa perlu kan suatu tempat untuk berkumpul serta memberi ruang untuk mencari Allah, dan anda berasa mampu melakukannya sendiri. Tanyakan apakah anda berjanji pada saat anda dilahirkan di muka bumi ini, adakah anda berjanji untuk hidup hanya didunia? Apakah bekalan untuk diakhirat nanti?

Sekian, salam ukhuwah fillah!!

 

1 comment:

damey said...

another interesting entry about usrah by iqbalsyarie.

bukakan hati, moga beroleh kefahaman dari artikel tersebut.

http://iqbalsyarie.blogspot.com/2010/11/perkongsian-usrah.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...