Gangguan psikosomatik menurut buku Ilmu Kedokteran Jiwa oleh W.F.Maramis ialah gangguan yang dapat disamakan dengan apa yang dinamakan dahulu nerosa organ. (Bahasa Indonesia)
Terima kasih kepada Drg.Ing atas tugas psikiatrik ni, jadi boleh lah saya buat topik ni sebagai post terbaru. Tak faham kan apa maksud psikosomatik tu? Saya pun tak faham, walaupun dah baca sejuta kali. Memang takkan dapat fahamnya. Comprim!!!!
Untuk memudahkan pemahaman, saya bagi gejala-gejala gangguan psikosomatik atau kata orang putih “symptoms” :
1. Golongan yang mengeluh tentang badannya, tetapi tidak ada penyakit yang dapat menyebabkan keluhan-keluhan.
2. Golongan yang terdapat kelainan atau penyakit, tetapi penyebab utama ialah faktor psikologis.
3. Golongan yang terdapat kelainan atau penyakit, tetapi terdapat juga gejala-gejala lain yang timbul bukan kerana penyakit itu, akan tetapi kerana faktor psikologis ; faktor psikologis itu mungkin timbul sebab penyakit tadi, contohnya waktu kecemasan.
*courtesy to buku Ilmu Kedokteran Jiwa by W.F.Maramis
Faham dah? Ok. Saya pun dah mulai faham. Menurut pakcik Maramis, dia kata pada orang yang emosi dia tidak stabil atau labil, gangguan psikosomatik ini kebanyakannya disebabkan oleh faktor luaran. Contohnya tekanan yang luar biasa, rumahtangga yang sibuk, anak-anak nakal, keramaian lalu lintas.
Untuk mengubat orang-orang yang ada gangguan psikosomatik ni, kita mungkin kena buat kajian bertahun-tahun dan memerlukan pengetahuan yang baik tentang psikodinamika atau proses psikologis.
Ok lah, itu berdasarkan sains semata-mata. Apa kata kita tengok pula dari segi Islam. This one I like. Why? You’ll see it later.
Menurut buku Kesaksian Seorang Dokter by Dr. Khalid bin Abdul Aziz Al-Jubair, SpJP (buku yang dah diubah bahasa kepada bahasa Indonesia)
Salah satu kisah di dalam buku doktor pakar jantung menceritakan kisah ini :
Saat ia melihatku, dengan pantas ia berkata, “aku letih doktor, aku telah menemui beberapa doktor pakar jantung, akan tetapi jantungku masih berdebar-debar dan nafasku masih sesak, semua doktor mengatakan bahawa aku sihat.
Saya segera melaksanakan pemeriksaan, dan hasilnya menunjukkan bahawa memang ia dalam keadaan sehat. Saya mulai menasihatinya dan menjelaskan kepadanya tentang apa yang sebenarnya dia alami, yang selalu diiringi dengan keluhannya, “Aku letih doktor, sudah selalu aku mengadu kepada banyak doktor.
Saya berkata kepadanya, “Ubat yang anda perlukan tidak dimiliki oleh para doktor, anda harus mengadu kepada Allah Ta’ala, anda harus tunduk bersimpuh di hadapan-Nya.
Saya berusaha sebaik mungkin unutk menjelaskan bahawa penyakitnya adalah beban psikologis yang ia hadapi kerana ketergantungannya kepada dunia dan kemewahannya, itulah sumber utama kelainan jantung dan segala keluhan yang dia alami.
Nampak tidak kesamaan antara dua-dua buku di atas? Benar. Kedua buku menyatakan tentang penyakit psikologis yang dialami manusia. Iaitu, merasakan diri sendiri berpenyakit, tetapi setelah dilakukan pemeriksaan ternyata tidak ada tanda-tanda atau gejala penyakit.
Apa perbezaan kedua buku itu? Cara pengubatan penyakit tersebut. Buku pertama berkata yang kita memerlukan waktu yang lama dan pengetahuan yang baik kerana kita perlu mendapatkan kepercayaan pasien untuk merawatnya. Buku kedua pula pada kunjungan pertama, setelah dilakukan pemeriksaan, si doktor terus boleh bagi jawapan dan ubat untuk masalah pesakit itu.
Pernyataan bahawa Islam dan sains adalah dua perkara berbeza amatlah salah. Sains itu sendiri ditemui kerana apa yang tercatat di dalam Al-Quran. Setiap penyakit pasti ada ubatnya, cuma kadang-kadang ubat yang perlu diambil bukanlah di dalam bentuk pil atau cecair yang ada bahan kimia dalamnya.
Cukuplah dengan duduk menghadap kiblat dan merenung atau muhasabah diri sendiri sudah dapat menyebuhkan penyakit kita itu. Contohnya penyakit wanita diatas, dia telah berusaha untuk berjumpa dengan banyak doktor, doktor jantung lagi, hanya kerana dia berpendapat yang jantungnya berdengup terlalu cepat dan terus diagnose diri itu sakit jantung.
Bertakwalah kepada Allah, niscaya Dia akan membukakan jalan keluar untuk kalian, hanya dengan banyak dzikir dan selalu ingat kepada Allah lah hati akan terasa tenteram. Sungguh, semua itu adalah kehendak Allah dan Dia-lah yang menunjukkan jalan kebenaran.
(Dr. Khalid bin Abdul Aziz Al-Jubair, SpJ)
1 comment:
zzzzz2018.8.23
coach outlet
soccer boots
fitflops sale
pandora jewelry outlet
nike presto
moncler online outlet
pandora jewelry
pandora jewelry
adidas football soldes
pandora charms outlet
Post a Comment