Dec 10, 2010

bukan kisah kehidupan pelajar, tapi kisah pelajar kehidupan

baca tajuk pun dah pening. ok fine. i'll try my best to make it simple. 

since now 12.28 WIB already and my eyes still open widely,so  i've decided to write a post.
back to the topic...


post ini bukan untuk menceritakan kehidupan seharian kami sebagai pelajar dentistry di Indonesia. tetapi...
ini kisah kami sebagai seorang manusia yang mula belajar erti kehidupan .

mungkin ramai ada yang berkata, 
"setakat Indonesia apalah class sangat, ramai je orang indo kat mesia nih. tak best langsung la belajar dekat Indonesia. tak boleh main salji, tak boleh pakai bergaya dengan winter coat, tak boleh ambil gambar yg cool sambil duduk santai atas rumput yg hijau, daun warna warni sebab tengah autumn,bla bla bla.." 

jujurnya, tanggapan seperti itu pernah terlintas di fikiran saya ketika dahulu.saya akui.memang tiada salji , tak boleh nak pakai winter coat yg tebal tebal macam dalam tv, tak boleh nak...tak itu, tak ini. Pokoknya, TAK SERONOK ataupun TAK BEST!!

THANK YOU ALLAH

2008. Kaki pertama kali menjejak bumi Indonesia. 2010. Setelah 2 tahun berkelana, Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Rabb kerna memberi aku peluang hidup merantau di Jakarta, Indonesia. 
sail your heart (devianart)
setiap hari, setiap jam, setiap minit bahkan setiap saat aku terkagum dengan semangat hidup mereka.semangat juang tidak pernah luntur. hanya sesuap nasi , tulang empat kerat dipakai kederat daya yang ada. dikerah semua sisa sisa tenaga yang ada hanya untuk mencari rezeki.

Jakarta, padatnya masyaAllah. macetnya (jammed) Innalillah. alangkah Subhanallah melihat nasib mereka di ibu kota. 

AKU TERKAGUM

juang anak kecil.seorang budak kecil berdiri di tengah tengah jalan besar mengharung kedinginan malam, menadah tangan dari satu kereta ke kereta meminta belas ikhsan. hati diruntun sayu. ditahan air mata agar tidak tumpah ke pipi. kagum!
courtesy of devianart

juang si nenek . beg plastik yang ada dibimbit di tangan kiri dan kanan.selagi ada kederat dan celah untuk membawa, dipaksa juga untuk dibawa. sudah hampir 80-90 tahun agakan ku. kalau di Malaysia, mungkin umur seusia itu tidak ada jarang terlihat masih sibuk bekerja mencari rezeki. segera aku menuju ke nenek tersebut, beg plastik berpindah tangan. MasyaAllah, kudrat ku yang ada tidak mampu untuk membawanya. semuanya berisi sayur, ikan masin, telur, kerepek, dll yg dibeli dari pasar kemudian dihantar ke kedai runcit yang berdekatan. harga jualan tidak setimpal dengan usaha nya. aku terkejut pabila diberitahu seikat kangkung hanya rp 1000-2000. perjalanan ke pasar bukannya mudah apatah lagi di jakarta ini.  aku hanya menolong hanya sampai ke kedai runcit tersebut, perjalanan pulang ke rumahnya masih jauh. aku hanya mampu berdoa semoga nenek dimurahkan rezeki,dipermudah segala urusan, serta selamat perjalanannya. hati kembali sedih dan sayu mengenang nasib si nenek tua.KAGUM!


bakti si anak. sewaktu perjalanan pulang ke rumah dari jakarta barat ..alhamdulillah, ak ditarbiyyah dari seorang budak lelaki secara tidak langsung. ibrah yang sangat menusuk kalbu. umurnya baru 7  8 tahun barangkali. berpakaian kemas  berjalan menuju ke jejantas bersama ibu dan ayahnya. mulanya, aku terpandang ayahnya.."owh, pak cik ni buta..nasib baik ada bini dengan anak dia boleh tolong pimpin kan jalan". aku meneruskan perjalanan menuju ke halte busway setelah kecewa menunggu bas kopaja . tiba2, keluarga tadi memintas di sebelahku dan aku terpana seketika. rupa2nya, anak kecil tadi memimpin kedua ibu dan ayahnya yang buta menaiki jejantas tadi. langkah diatur satu persatu agar kedua ibu bapanya bisa melangkah anak tangga. dituntun penuh hati hati sampailah selamat tiba ke seberang jalan. masyaAllah, besar sungguh pahala mu wahai anak. moga engkau beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. insyaAllah.


setakat itu sahaja ye kawan2. tengah hari makan ikan keli, laen kali cerita lagi! 


tweettweet: need a good deep rest now coz esok project utk mafest dah nak start, so kena bangun pagi untuk rebus daging! hehhehe..
ada masa kita sambung balik cerita!



Mendambakan Kasih Ilahi

-d.a.m.e.y-

1 comment:

eton said...

peaaaaaaaahh..
eh slh..damey..
ak pnh tlh gak nenek tu..
tp ble nx time nk tlg..rase cm bantu pape utk die ubah pikiran n xkeje berat cmtu..
lame2 jz biar je die..
siyes..lps kite libur baru2 ni..ak ingat nenek tu da xde..tetibe ak nmpk lg die lately ni..stil ngan beg plastik yg byk kt tgn die tuh..
subhanallah..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...