Jul 2, 2011

TRANSFORMER: REVENGE OF THE FALLEN

Ya, memang saya agak ketinggalan sedikit. Transformer: revenge of the fallen dah berkurun keluar di bioskop @cinema. Tapi saya tetap tahu sekarang transformer 3 sudah pun ditayangkan di pawagam. Kan*bangga*?? Perlu ke rasa riya’ di situ kerana mengambil tahu kononnya “perkembangan semasa” ataupun up to date bak omputih kata? Perlu kah?? -_-‘’

Automatically, keluar je kalimat transformer, neuron dengan sepantas kilat akan menghasilkan impulse dan memberi gambaran dan bayangan maya BUMBLEBEE, OPTIMUS PRIME, MEGATRON, serta datuk kepada hero yaitu tidak lain tidak bukan WICWICKY. [nama datuknya sahaja yang mampu saya ingat , nama hero sendiri pon saya lupe, tak tahu]  serta megan fox.

Ok lah, bukan nak mereview movie transformer TAPI..

Jikalau transform adalah berubah, maka transformer adalah agen yang menyebabkan perubahan. Dalam konteks ini, saya lebih menumpukan agen tersebut kepada individu manusia bukan individu lembu mahupun individu kerbau[ wujud kah?] individu itu tidak lain tidak bukan.. YA, diri saya , saya lagi dan  lagi sekali ,saya serta  anda sekalian.


WHAT?
Wajarkah kalau bicara merubah diri dari baik kepada jahat? Perlu ke tips tips untuk mengajar diri menjadi jahat? tidak perlu diajar, sudah tahu sendiri bagaimana untuk menjadi jahat. Kalau perlu diajar, saya yakin sudah lama syllabus, BAGAIMANA UNTUK MENCURI sudah diajar oleh guru guru kita di sekolah. eh, ramai pula yang tahu taktik2 dan skil2 superb untuk mencuri biarpun tidak diajar.see??? pelik kan?

Jadilah anak yang soleh dan solehah, Rajin membantu orang lain, serta bersedekah ..banyak lagi yang diajar dan kita disuruh untuk berbuat baik pada Allah, ibu bapa dan makhluk lain. Dari kecil sudah diajar, tapi hanya berapa orang yang mahu mengamalkannya. 

Benda baik yang diajar dari kecik sampai lah la ni yang besau memanjang berbubble bubble mulut cikgu cikgi dan mak ayah kita pesan, tapi sikit pulak yang buat. Buat donno(don’t know)  je. Pelik kan?

So, makanya, sekarang yang hendak diubah adalah mengubah diri dari jahat menjadi baik, dari baik menjadi lebih baik, dan lebih lebih baik danmentransform diri bergandaganda ganda baik.
Jika tak susah nk jadi jahat, sebaliknya pula, tak mudah nak jadi baik. U choose. Nak jadi Baik ke nak jadi jahat?

WHY?
Kenapa nak jadi baik? Buat penat je jadi baik, katanya nak jadi baik, susah..kenapa perlu bersusah payah? Better jadi jahat, takdelah idop gue cape’. Kan?

Bukan begitu.

1)      1. Fitrah manusia itu sendiri sukakan kebaikan. Naluri dan sifat manusia itu secara semula jadinya Allah telah menciptakan sukakan kebaikan.

Siapa yang gembira jika beg tangannya diragut, siapa yang menyeringai bergelak ketawa jika salah seorang ahli keluarga mereka dibunuh? Siapa yang akan bertepuk tangan jika dikhianat oleh teman sendiri? 

Mungkin orang yang berbuat jahat itu sendiri tidak suka perbuatan dirinya sendiri. Namun, jangan pernah kalah dan tunduk pada hasutan syaitan dan iblis.bermujahadahlah melawan godaan dari syaitan dan iblis. 

2)     2.  Jangan jadi jahat macam firaun, nanti dilaknat Tuhan!

Firaun, manusia yang mengaku Tuhan. Lihat balasan Allah yang timpakan untuk firaun dan bala tenteranya.
“Maka Kami siksa dia (fir’aun) dan bala tenteranya, lalu kami lemparkan mereka ke dalam laut.maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang zalim” [28:40]

Biarpun mudah menjadi jahat, jangan lupa, balasan menjadi jahat dan azab setia menunggu. Kalau terlepas hukuman di dunia, jangan bimbang jangan gusar, azab Allah diakhirat kelak tetap menjadi pembalas segala amal. Segala yang dikerjakan di dunia baik perbuatan baik ataupun jahat akan dibalas secara adil kerana Allah itu Maha Teliti dan Maha Adil.

Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah,niscaya dia akan melihat balasannya.dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah,niscaya dia akan melihat balasannya [99: 7-8]

WHO?
SIAPA yang perlu diubah??? Siapa yang perlu mengubah???

Ketika aku di usia remaja cita citaku adalah untuk mengubah dunia, tetapi bila aku meningkat dewasa, baru ku sedar bahawa dunia tidak pernah berubah.lalu ku sempitkan cita citaku untuk merubah Negara, tetapi bila usiaku bertambah, kulihat Negara juga tidak berubah, dan apabila badanku lemah berada di pembaringan, aku melihat cita citaku untuk melihat keluargaku untuk berubah, tetapi nyata mereka juga tidak berubah, dan ketika nazak menunggu kematian, buat kali pertamanya aku berfikir, jikalau perkara yang pertama yang ku ubah adalah diriku sendiri, maka mungkin dengan memberi teladan yang baik, keluargaku akan berubah, dengan sokongan keluarga, aku mungkin dapat merubah Negara dan siapa tahu aku juga mungkin mengubah dunia.

-petikan dari ceramah ustaz hasrizal-
 

Ubahlah dirimu menjadi insan mulia. Pertama-tamanya, berazamlah untuk mengubah diri menjadi lebih baik seiring mengajak orang lain untuk menjadi lebih baik. Logika sahaja, anda menyuruh orang lain untuk menjadi baik, tetapi diri sendiri yang bercakap masih berada di takuk yang lama. Masih tidak berubah kea rah yang lebih baik. Akan timbul desas desus: “cakap tak serupa bikin”

Ibrah Transformer: revenge of the fallen.

Berubahlah. Demi ISLAM. Kembalikan semula harta umat ISLAM  serta maruah ISLAM itu sendiri.  Berubah menjadi umat ISLAM yang hebat.  Berubah demi menaikkan semula ISLAM yang kini sedang dipandang serong oleh dunia.



Beranilah melakukan TRANSFORMATION, beranilah keluar dari comfort zone anda!

Orang yang berubah kerana terpaksa adalah mangsa
Orang yang memaksa diri untuk berubah adalah orang yang BERJAYA!
-ustaz hasrizal abdul jamil-


p/s: credit to devianart

alhamdulillah, biiznillah,
-damey-

3 comments:

eton said...

alhamdulillah..post mantap dr damey..i looooikee..
btol2..kita mmg ptt berubah demi Islam..jazakillah khoir.

yanmaneee said...

nike jordans
nike max
michael kors outlet
calvin klein underwear
cheap jordan shoes
golden goose
canada goose
retro jordans
yeezy shoes
curry 5

Unknown said...

site link v3p62t4t30 replica designer backpacks replica nappy bags replica bags in dubai visite site h5s54e2p15 replica bags in uk replica bags by joy hermes replica handbags b8k14j1w54 replica bags forum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...