Jun 28, 2011

LIFE'S THROUGH ETON EYES

 
UPDM(B) terchenta.




Salamun ‘alaik,

Wohohoho. Hari yang indah kita mulakan dengan tahap ke-tension­-an yang agak tinggi di akibatkan lab endodontic yang baru sahaja berlalu 1jam setengah yang lalu. Hampir  menangis juga diriku atas ujian yang diberikan Allah tadi kerana cikgu tak nak approve hasil lab tadi. Huhu. Sila ignore*

Kebelakangan ini saya selalu terfikir sebab tujuan saya dihantar ke Indonesia untuk ambil bidang pergigian ni. Nak kata pandai tapi tak la pandai seperti Amalina straight A’s tu, boleh la cukup-cukup makan. Tapi kenapa Indonesia? Kenapaaaaaaaaa? Kenapa tak hantar kat Negara 4 musim kah, sedap sikit mata memandang. Ni tidak! Hantar ke Indonesia!!!
 *eton, sila jangan kufur nikmat. Ok bye*

Tidak apa lah kita lihat dari sudut pandangan bersinar. Jika saya tinggal di Malaysia apa yang saya dapat? Saya masih dalam bidang farmasi, ada kereta mungkin, banyak makanan yang sedap. Erm, ni sudah salah tempat pandangan bersinar. Salah-salah. Nak memberitahu yang bidang pergigian lebih menjanjikan kehidupan masa hadapan yang lebih kukuh dari saya menetap di Malaysia dan menolak tawaran ke Indonesia. Kukuh dari segi kewangan, mungkin. *evil laugh*

Tapi, duit sahaja kah yang kita perlukan untuk menjamin masa depan? Masa depan tu apa? Masa depan yang bagaimana? Tergantung orang dalam mendefinisikan masa depan masing-masing. Bagi eton, masa depan ialah masa di akhirat kelak. Emang pake uang aja udah bisa masuk surga? Kita nak tukar-tukar atau exchange money  dengan malaikat maut ketika dia nak mencabut nyawa? *ok agak menyimpang*

Sebenarnya eton nak memberitahu yang saya ditakdirkan Allah untuk datang ke Jakarta kerana ada kebaikan di sini yang saya tidak akan dapat jika saya menetap di Malaysia atau UKM. Alhamdulillah, saya mendapat tarbiyah atau hidayah di bumi Jakarta ini. Alhamdulillah juga Allah telah membukakan hati untuk menerima tawaran bidang pergigian ini. Tidak dapat ku bayangkan keadaan diriku jika sebaliknya yang berlaku. Huhu

Datang ke Jakarta merupakan satu keputusan paling besar dalam hidup saya. Takdir dan ketentuan Allah menyatakan yang saya akan mendapat hidayah dan berjuang di jalan-Nya disamping belajar ilmu pergigian sebagai “putih telur” yang akan digunakan sebaik mungkin.

Kesimpulannya, saya telah memahami kenapa takdir meletakkan saya di posisi saya sekarang ini. Kenapa bidang pergigian dan kenapa Jakarta? Saya redha dengan segala ketentuan-Nya. Bagaimana anda pula? Start thinking guys!

 peace!




3 comments:

isan said...

alhamdulillah,
gue juga ngerasain kaya' loe..
cuman gue ga bisa meluahkan dalam bentuk ayat bahh..

haha

anyway, mmg betul pun. takdir yg terjadi skrg ni adalah yg terbaik untuk kita...

LIKE

eton said...

huhu..isaaan..
ak terharu..itu saja

isan said...

terharu pastu nangis la untuk luahkan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...