Apr 25, 2011

WHY USRAH? Waeyo?

Assalamualaikum,

Post kali ni terkait erat dengan perkara-perkara yang terjadi di sekitar saya kebelakangan ini. Nak-nak apa yang berlaku semalam. Perkara yang berlaku menyebabkan saya sendiri yang memang dalam kelompok usrah ini pun bertanya-tanya pada diri sendiri. Kenapa usrah? Perlukah?
Ada banyak persoalan dan sindiran-sindiran bila perkataan usrah dibangkitkan, terutama pada orang yang di luar kelompok ini atau yang tidak termasuk dalam golongan ini. Antaranya :

“salah kah kalau kitorang tak ikut usrah?”
“nanti ada program kt kedutaan, kau dan seluruh kelompok usrah kau dijemput datang”
“nak pergi mana tu..usrah la tu..takde mende lain la tu”
“diorg mane pegi karok ni, tmpt karok pon xtau..usrah kaaan”
“ak xnk join la usrah korang..ak kne pastikan apa yang korg ckp tu btol”
“ala bahan yg korg nk btau tu sume ade kt internet..membazir waktu je datang dari jaoh”
“ak da cukup ilmu agama dlm dade..xperlukan sume ni”

Begitu perit kadang-kadang untuk menjawab soalan-soalan dan sindiran-sindiran yang dilemparkan, walau dengan niat atau tidak di hati orang yang melemparkan kata-kata diatas.
Apa yang akan dilakukan bila persoalan-persoalan diatas ialah menjawab dengan senyuman seikhlas hati dan tawakal kepada Allah SWT.

Ok. Kita semua setuju bahwa agama merupakan perkara paling penting di dalam hidup masing-masing. Kita akan jadi sangat berwaspada atau alert  pada kata-kata orang yang menyampaikan tentang Islam dan mulalah terdetik di hati pertanyaan kesahihan atau kebenaran kata-kata orang tersebut.

Wahai sahabatku,
Ketahuilah pada saat anda mula bertanya itu bermaksud Allah SWT telah membuka pintu hati anda untuk mula memahami dan mendalami agama-Nya iaitu Islam. Perkara ini berlaku tanpa anda sedari. Di saat anda mula mengumpul segala macam alasan untuk menolak ajakan ber-usrah, ketahuilah yang anda telah berjaya mengumpul sekian waktu untuk memikirkan Allah SWT. Anda takut pegangan yang selama ini anda pegang goyah kerana kata-kata orang lain.
Tapi di akhir cerita, anda telah meluangkan waktu untuk berfikir tentang Allah SWT.
Ketahuilah yang kita memang wajib memikirkan tentang Allah bukan beberapa minit di dalam satu hari tapi setiap detik dan tindakan yang dilakukan hanyalah kerana Allah SWT.


 Wahai sahabatku,
Kita sebagai pelajar IPT yang dikatakan pada waktu yang sangat sibuk dengan pelbagai assignments dan berbekalkan iman yang tipis di dada, berapa banyakkah usaha kita untuk memikir dan mencari Allah di luar waktu solat dan beberapa minit membaca Al-Quran antara waktu Maghrib dan Isyak? Dengan persekitaran jahiliah yang merata dan berleluasa, berapa banyak usaha kita?

Ya, mungkin info yang di dalam usrah itu boleh didapat di internet, tapi adakah anda akan berusaha mencarinya jika tidak ada pemicu untuk anda mencari? Jika tidak dipupuk dan ditanam di dalam hati, ilmu Allah itu berada dimana-mana dan sangat berharga, adakah kita akan mencari? Perlukah kita menunggu sehingga ketetapan Allah SWT datang seperti bencana alam, baru kita tersedar dan mulai takut akan kekuasaan-Nya?

Disini saya nyatakan contoh bahan yang boleh didapat di internet :
 Terjadinya rusuhan dan kebangkitan suara rakyat di Timur tengah.
Ya, ia dimulai di Tunisia akibat seorang rakyatnya membakar diri.
Ya, perkara ini sangat banyak di internet.
Tidak, saya tidak mencari bahan ini di internet kerana saya diberitahu oleh seorang akhwat yang sangat suka mencari membaca kerana beliau seorang guru.
Ya, saya percaya akan info yang diberitahu beliau kerana saya tau saya tidak mampu untuk mencari bahan di internet tapi saya ada membaca di surat khabar
Kenapa saya terus percaya?
Kerana saya tahu bahawa seseorang yang takut akan kekuasaan Allah SWT, tidak akan berani mempermainkan atau menjual nama Allah hanya kerana ingin menjadi center of attention.

Wahai temanku,
Kita memerlukan waktu untuk mengenali seseorang dengan mendalam. Jangan lah dikau menggunakan alasan perlu rapat dengan seseorang untuk mempercayai kata-katanya sebagai alasan yang sangat kukuh. Ya, kita mungkin tidak mengenali rakan usrah kita dengan sangat rapat, tapi dengan berjalannya waktu, berbekalkan kasih sayang hanya kerana Allah SWT, kita secara tidak langsung akan menjadi sangat kasih dan sayang pada sahabat itu. Mungkin anda memerlukan 7-8tahun untuk mengenali sahabat itu, tapi dengan niat yang satu, hanya beberapa minit diperlukan untuk kita menyayangi dan mengenali sahabat itu. Berbalik pada kata-kata yang di-bold di atas.

Wahai sahabatku,
Berbekalkan beberapa perkara diatas, disitulah fungsi usrah itu berlangsung.
Pertama, supaya kita berfikir tentang Allah pada tiap saat dan gerakan kita.
Kedua, supaya kita mengenali ilmu Allah yang sangat meluas. Kita tidak mungkin mampu untuk mencari segala ilmu-Nya, tapi di dalam usrah, kita menjadi kagum dengan usaha akhwat didalam usaha beliau untuk menjelaskan walau sedikit ilmu yang dipelajarinya.
Ketiga, supaya kita dapat menjalinkan silaturrahim yang suci hanya kerana Allah SWT.


Wahai temanku,
Rasullullah SAW dicerca, dihina, dan dimarahi bukanlah kerana beliau menemukan suatu agama lain pada saat Mekah yang memang telah banyak tuhan diciptakan. Para sahabat Rasullullah SAW diseksa hingga titisan darah terakhir bukanlah juga kerana itu. Tetapi mereka diperlakukan seperti itu kerana mereka menyebarkan agama Allah. Ya. Kerana mereka menyebarkan.

Tidak terlintaskah dihati kalian, kenapa pada waktu dahulu Nabi SAW dan para sahabat tidak menggunakan flyers atau  brochure untuk menyebarkan agama Allah? Kenapa perlu berjalan dari rumah ke rumah untuk menyebarkan?
Ya, kerana kata-kata itu lebih menusuk dan langsung ke dalam hati. Kata-kata lebih dapat menyentuh hati dari hanya membaca di internet dengan berbekalkan iman yang tidak sempurna. Perasaan atau  feeling itu sangatlah berbeza.

Kata akhir dari post, sudah-sudahlah bersangka buruk dengan orang yang ikut usrah. Bersangka baiklah, mungkin itu lebih baik.

Tanyalah pada diri sendiri jika anda terasa hati dengan post ini, jika anda mampu melakukan perkara-perkara di atas tanpa perlu kan suatu tempat untuk berkumpul serta memberi ruang untuk mencari Allah, dan anda berasa mampu melakukannya sendiri. Tanyakan apakah anda berjanji pada saat anda dilahirkan di muka bumi ini, adakah anda berjanji untuk hidup hanya didunia? Apakah bekalan untuk diakhirat nanti?

Sekian, salam ukhuwah fillah!!

 

Apr 15, 2011

GANGGUAN PSIKOSOMATIK VS KESAKSIAN SEORANG DOKTER


Gangguan psikosomatik menurut buku Ilmu Kedokteran Jiwa oleh W.F.Maramis ialah gangguan yang dapat disamakan dengan apa yang dinamakan dahulu nerosa organ. (Bahasa Indonesia)

Terima kasih kepada Drg.Ing atas tugas psikiatrik ni, jadi boleh lah saya buat topik ni sebagai post terbaru. Tak faham kan apa maksud psikosomatik tu? Saya pun tak faham, walaupun dah baca sejuta kali. Memang takkan dapat fahamnya. Comprim!!!!

Untuk memudahkan pemahaman, saya bagi gejala-gejala gangguan psikosomatik atau kata orang putih “symptoms” :

1.      Golongan yang mengeluh tentang badannya, tetapi tidak ada penyakit yang dapat menyebabkan keluhan-keluhan.
2.      Golongan yang terdapat kelainan atau penyakit, tetapi penyebab utama ialah faktor psikologis.
3.      Golongan yang terdapat kelainan atau penyakit, tetapi terdapat juga gejala-gejala lain yang timbul bukan kerana penyakit itu, akan tetapi kerana faktor psikologis ; faktor psikologis itu mungkin timbul sebab penyakit tadi, contohnya waktu kecemasan.

*courtesy to buku Ilmu Kedokteran Jiwa by W.F.Maramis

Faham dah? Ok. Saya pun dah mulai faham. Menurut pakcik Maramis, dia kata pada orang yang emosi dia tidak stabil atau labil, gangguan psikosomatik ini kebanyakannya disebabkan oleh faktor luaran. Contohnya tekanan yang luar biasa, rumahtangga yang sibuk, anak-anak nakal, keramaian lalu lintas.

Untuk mengubat orang-orang yang ada gangguan psikosomatik ni, kita mungkin kena buat kajian bertahun-tahun dan memerlukan pengetahuan yang baik tentang psikodinamika atau proses psikologis.

Ok lah, itu berdasarkan sains semata-mata. Apa kata kita tengok pula dari segi Islam. This one I like. Why? You’ll see it later.

Menurut buku Kesaksian Seorang Dokter by Dr. Khalid bin Abdul Aziz Al-Jubair, SpJP (buku yang dah diubah bahasa kepada bahasa Indonesia)

Salah satu kisah di dalam buku doktor pakar jantung menceritakan kisah ini :

Saat ia melihatku, dengan pantas ia berkata, “aku letih doktor, aku telah menemui beberapa doktor pakar jantung, akan tetapi jantungku masih berdebar-debar dan nafasku masih sesak, semua doktor mengatakan bahawa aku sihat.
Saya segera melaksanakan pemeriksaan, dan hasilnya menunjukkan bahawa memang ia dalam keadaan sehat. Saya mulai menasihatinya dan menjelaskan kepadanya tentang apa yang sebenarnya dia alami, yang selalu diiringi dengan keluhannya, “Aku letih doktor, sudah selalu aku mengadu kepada banyak doktor.
Saya berkata kepadanya, “Ubat yang anda perlukan tidak dimiliki oleh para doktor, anda harus mengadu kepada Allah Ta’ala, anda harus tunduk bersimpuh di hadapan-Nya.
Saya berusaha sebaik mungkin unutk menjelaskan bahawa penyakitnya adalah beban psikologis yang ia hadapi kerana ketergantungannya kepada dunia dan kemewahannya, itulah sumber utama kelainan jantung dan segala keluhan yang dia alami.

Nampak tidak kesamaan antara dua-dua buku di atas? Benar. Kedua buku menyatakan tentang penyakit psikologis yang dialami manusia. Iaitu, merasakan diri sendiri berpenyakit, tetapi setelah dilakukan pemeriksaan ternyata tidak ada tanda-tanda atau gejala penyakit.

Apa perbezaan kedua buku itu? Cara pengubatan penyakit tersebut. Buku pertama berkata yang kita memerlukan waktu yang lama dan pengetahuan yang baik kerana kita perlu mendapatkan kepercayaan pasien untuk merawatnya. Buku kedua pula pada kunjungan pertama, setelah dilakukan pemeriksaan, si doktor terus boleh bagi jawapan dan ubat untuk masalah pesakit itu.

Pernyataan bahawa Islam dan sains adalah dua perkara berbeza amatlah salah. Sains itu sendiri ditemui kerana apa yang tercatat di dalam Al-Quran. Setiap penyakit pasti ada ubatnya, cuma kadang-kadang ubat yang perlu diambil bukanlah di dalam bentuk pil atau cecair yang ada bahan kimia dalamnya.

Cukuplah dengan duduk menghadap kiblat dan merenung atau muhasabah diri sendiri sudah dapat menyebuhkan penyakit kita itu. Contohnya penyakit wanita diatas, dia telah berusaha untuk berjumpa dengan banyak doktor, doktor jantung lagi, hanya kerana dia berpendapat yang jantungnya berdengup terlalu cepat dan terus diagnose diri itu sakit jantung.

Bertakwalah kepada Allah, niscaya Dia akan membukakan jalan keluar untuk kalian, hanya dengan banyak dzikir dan selalu ingat kepada Allah lah hati akan terasa tenteram. Sungguh, semua itu adalah kehendak Allah dan Dia-lah yang menunjukkan jalan kebenaran.
(Dr. Khalid bin Abdul Aziz Al-Jubair, SpJ)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...