Aug 7, 2011

IBRAH HARI KE-3 & 4 RAMADHAN

Assalamualaikum, 

Nak curhat(curahan hati) kat sini. Saya sekarang tinggal seorang di Hafiy since semua Hafiyans balik Malaysia. Bunyi seperti agak ramai yang menghuni rumah ini tapi sebenarnya total semua orang termasuk empunya diri cuma 4 orang jah. (^_^)

Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk berpuasa sampai ke hari ke-7 Ramadhan dan akan terus berjuang, insyaAllah.

Ok, kali ini nak bercerita pasal ibrah (pengajaran) yang saya dapat pada hari ke-3 Ramadhan. Saya telah mengambil shot antihistamin di Hospital Yadika yang memang telah diberi tanggungjawab untuk menanggung kos perubatan pelajar MARA. Apakah shot antihistamin tu? Em. Nak tau lebih lanjut sila ke page pakcik google. Secara ringkas shot itu diberikan untuk orang yang kena alahan yang parah, yang alahan dia tak boleh hilang dengan pemberian tablet obat sahaja.

Untuk pengetahuan semua, saya Eton, disini mengakui yang saya sangat takut (cuak bahasa pasar) kalau ada perkara luar biasa yang berlaku pada badan sendiri. Orang lain tak nampak apa-apa perubahan tapi saya memang boleh deteksi even slight differences on my skin. Tu diaaa, punya la paranoid dengan penyakit.

Nak dijadikan cerita, alahan yang saya dapat ni dia naik gelembung kalau gatal atau miang-miang gitu. Petang selasa dah mulai naik gelembung tu. Lama-lama dia bertambah banyak. Sebab tu saya ambil keputusan untuk ke hospital. Alhamdulillah saya pada petang hari ke-3 Ramadhan dan diberi obat alergi. Allah nak uji lagi yang saya alah pula pada obat alegi tu. Pagi hari ke-4 puasa saya pergi lagi ke hospital. Tau apa nurse tu cakap? 

eh mba, kok datang lagi. Masih gatal-gatal ya?”

Agak kurang ajar punya nurse, tak apa lah dia agak peramah disitu. Lepas tu doktor diagnose kata saya alah dengan obat alergi. What?? Doktor pon pelik sebab jarang orang alergi dengan obat alergi. Haha. Well, I’m the rare species. (-.-)

Petang hari ke-4 tu saya diberi obat radang pula. Saya ambil keputusan untuk tidur awal malam tu. Saya mulai tidur jam 7pm waktu Jakarta. Pukul 8pm ada orang call, then saya lihat tangan dah mulai ada tompok2 merah di bawah kulit. Banyak ok! Pukul 10pm abah pula telefon, tengak tangan lagi sekali tompok merah tu da jadi warna coklat pula. haih..huwaaaa..abah!! rasanya tanpa ku sadari terberitahu abah, ter tau! Ingat abah tanya “apa penyakit ko ni?”. *pengsan balik*


Itu lah dia sejarah hidup menunjukkan kalau Eton masak sendiri memang kemungkinan kena penyakit agar besar sebab TIGA TAHUN dulu pun pernah jadi macam ni. HAHA. Ok sila jangan takut kalau saya masak lepas ni.

As I mentioned above, I had this very similar disease when I was a few months came to Jakarta. What’s the difference between me-three years ago and me-now? Seriously, I am very touched with my improvement in believing Allah SWT decision on me. 

Waeyo? Why? Awak-awak tahu apa jadi pada Eton 3 tahun lepas bila dia sakit? Walaupun waktu itu ada ramai kawan di tepi tapi saya nangis sendiri dalam bilik sampai bengkak-bengkak mata sebab takutkan penyakit yang jadi kat diri sendiri. Saya lupa yang Allah itu sentiasa ada di sisi.

Nak tau kenapa saya takut or paranoid sangat dengan apa-apa penyakit? Sebab saya selalu kaitkan penyakit dengan kematian. Kalau saya sakit pastu mati macam mana? Pokok dan ranting nya saya takut mati. TAKUT MATI! Apa saya nak buat dengan dosa saya yang bak pasir di lautan itu? Itu hanyalah pemikiran orang yang pengecut dan kurang pintar dalam hidup. Eton akui dan saya telah salah dalam membuat keputusan hidup.

Orang yang pintar mesti berfikir beberapa langkah ke hadapan. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk belajar menjadi orang pintar. Pintar dari segi apa? Pintar dalam membuat persiapan untuk menghadapi zaman AKHIRAT nanti. Saya tak mengatakan yang saya tak takut mati seperti 3 tahun dulu. Cuma perbezaan saya yang dahulu dan sekarang, saya lebih mengenali Allah SWT dan percaya akan ketentuan-Nya. Saya mulai berusaha menebus kesilapan lalu dan menambahkan amal untuk dijadikan bekalan.

Okay, Eton agak terkejut sebab saya masih agak paranoid dengan penyakit-penyakit tapi surprisingly saya agak tenang pada saat saya menghadapi mehnah dari Allah ini. Alhamdulillah. Sangat tak dijangkakan. Rupanya Allah SWT cuba mendidik saya untuk lebih tabah dalam menghadapi dugaan-Nya untuk mendewasakan diri ini. Alhamdulillah.

Waktu sakit tu, cakap macam ni kat diri sendiri “time-time puasa ni lah dugaan datang..cobaaaan”.
 
on the second thought, if I still being a paranoia about being sick, afraid of eating or touching something that will induced me to get sick, until when do I survived living in this world? Stop being a paranoia and be brave as Allah SWT always by your side.
insyaAllah.

Till then, teruskan berjuang semua di bulan Ramadhan.
Cepat-cepat tambahkan amal. Rebutlah pahala selagi ada.

Love,
ETON

1 comment:

isan said...

mu dah berubah!
tak sangka dulu mu nangis sorg2 dalam bilik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...