Jan 17, 2011

lagi lagi exam

huhu.

tajuk tu pon dah menampakkan betapa annoyingnye exam. yes, im annoyed with examSSSS. tak mao exam daahhhh....


tp ape ape pon, perjuangan harus diteruskan .kan???     semangaaaaattt , may Allah leads the way.Ameen

sile la drop beberapa patah kata semangat korang kt kitorng . sangat2 dialukan.heeheh.


final exam: 17/1/2011 -27/1/2011

thanks a lot peeps!

p/s: disebabkan eton dan peah tengah berperang dengan diktat'S' n note'S', so inshaallah blog ni x de entri baru selama 2 minggu nih. reallly sorryyy..

Mendambakan Kasih Ilahi

-d.a.m.e.y-

Jan 13, 2011

"maaaraaah keeee?"

HADITH 16 : Jangan Marah

Assalamualaikum,
Hehe, kali ni sy nk btau psl hadis yg sy blaja kt HAMKA aritu..sebenarnye tu tugas kelompok kitorg utk Malam Tautan Hati a.k.a Mkn2..hehe

For those who actually there and watch me as the paper girl then this entry is about the process on what actually happen during preparation time or LDK after Dhuzur prayer.
For those who didn’t know what happen then hope you enjoy it.

Alkisah nye..sy pon da lupe camane die bahagi kumpulan tp yg mmg STUCK dlm pikiran sy kalo kt HAMKA ni mmg xde org dok dlm 1 kumpulan yg same..bak kate kak KD “ni la HAMKA dgn paling byk group yg diciptakn dlm sejarah” haha..i love it anyway.

Setelah berada dlm group masing2..baru sy lebih mengenali orang2 yg ada dlm kelompok tu..ya Allah, baru nk tulis entry tp feeling die da same cam aritu..BEST GLE!!! Ok2..back to the topic. Ade la byk group kn tp group sy memutuskn utk stay je kt tgh2 umah tu since hbs briefing je group lain sume da ilang..jz tinggal 3group cmtu kt area tu..bese la sume nk tunjuk kn yg terbaik utk mlm tu..YOU ALL DID A GREAT JOB!!!

Ok..ble da dlm group tu ade la mcm2 ragam kn..ntah camane lak sy leh jdk DIRECTOR..haha..tibe2 jdk org gile kuase..i mean I indulged in every scenes and can acts every characters..lucky me they didn’t pushed me to be the main actress..haha..sy jz ckp cani.. “sy kn DIRECTOR, korg mane leh tuka org..xleh2” haha..

After a lot of laughter and even practice the scenes seriously, we came out with A VERY GOOD COMEDY on telling you guys about Hadith 16. Seriously, sakit prot kot xthn gelak sbb tiap scene pasti ade lg scene klakar lg yg diorg pk..and me like acting all the way so that all of the members got the idea of every scene..hehe..here we go~~

Assalamualaikum, kami dr group hana(1) akan mempersembahkan lakonan yang bertajuk :
Maaaaraaaah keeeeee?”

SCENE 1 :
Sang murabbi baru selesai mentarbiyah adik usrah die..
Sang murabbi : ok..itu lah saje mengenai HADITH 16..bole la kite balik ni da mlm da..lg pon ade yg da ngantok ni..
Adik usrah :      kite tutup majlis dgn tasbih kifarah dan surah Al-Asr..
Dalam perjalanan pulang, sementare mencari bajaj dan berjalan..sang murabi tejumpe ngan makcik tgh cuci kain..dgn takdir Allah SWT, makcik tu ter-splash air kt sang murabbi..cobaan pertame utk mlm itu..

SCENE 2 :
Setelah sejam menunggu bajaj…
SM :                   (ring2) “Assalamualaikum, ye sy..ye bla2
Makcik jual air : “mba..bli donk mba..bli mba” (ulang2 smpai cm nk bg kaki)
Pakcik bajaj :      (bunyik bajaj yg enjin cm xservice 10thn)..
Pelakon tmbhn : (tros belari g masuk dlm bajaj)
SM :                   (pd waktu yg same nk naik bajaj + on the phone + nk tepis makcik jual aqua + lwn ngan pelakon tmbhn)

Nk  jdk cerite SM xdpt bajaj dan terpakse bejalan kaki balik à cubaan ke2 utk mlm itu..haaih

SCENE 3 :
Setelah bejalan 15min dan smpai di depan pintu umah..
SM :       ya aaaaaaammpuuunn..kunci umah mane???? Tetinggal..huuuwaaaa
               ( dlm usahe mencari tepon plak)
SM :       ya Allah..maaaatiii baateeerriii!!!! (terduduk dpn pintu)

Dlm mase yg same.. pulang la housematenye..
Hsmate : Assalamualaikum, eh nape ko ni? Dok dpn pintu cmni?
SM :       ko xtau ape jdk kt ak mlm ni..huhu..sadis gle..(bebel2)
Hsmate : hurm..sabar la neh..ade la tu hikmah die..ko ingat psl HADITH 16..ape ibrah di sebalik hadith tu…..
SM :       (ak bru je bg kt adik usrah td…huhu..kne btg idong sendiri)


Kwn2 nk tau ape tu hadith 16?
Ok..hadith 16 : JANGAN MARAH

Abu Hurairah ra. berkata, seorang laki-laki berkata kepada Nabi saw, “berilah ak nasiha.” Beliau menjawab, “Jangan marah.” Beliau mengulanginya beberapa kali, “Jangan marah!” (h.r.Bukhari)

Perkara utama yang ingin group kami sampaikan ialah memberi peringatan kepada semua murabi dan mutarabi di mana2 yang kite pasti akan diuji..

memberi dan menerima tarbiyah adalah kurniaan Allah yg amat berharga. Dalam kewaspadaan kite pasti akan ade 1 mase yg kite alpa dengan ujian dr Allah SWT. Lakonan ini bertujuan untuk memperingati murabi2 di luar sane yg kite xkn lps dr ujian Allah SWT..nak2 kite baru je bg pengisian kt adik usrah..tup2 kne lak kt muke sendiri..tarbiyah dari Allah tu sgt cantik yg last skali kite akan rase “subhanallah, Allah nk mendidik ak rupenye”..huhu..

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ 
 Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?'
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

kami amatlah berharap yg lakonan kami berjaye diterima sume yg menonton dan dpt dijdkn iktibar utk sume org..insyaAllah..amiiinn..

p.s : ni adalah group lakonan paling kompak yg sy pnh ada..dan sume nye sgt klaka..
p.p.s : saaayaaaaaaaaaang korg!!! Muah..UKHWAH TO THE TOP!!!



Jan 6, 2011

Transformation of hero Ali Setan.

Saya pasti, ramai yang sudah mengetahui akan kisah penghijrahan pelakon Azmil Mustapha daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah. Namun, saya mengambil peluang ini untuk berkongsi sesama kita untuk meneliti segala pandangan dan pengalaman yang dihadapinya dalam sepanjang proses penghijrahannya. Semoga kisah ini dijadikan dorangan kepada kita semua untuk melakukan penghijrahan yang serupa. Kisah ini dipetik dari blog WanWMA.

Apabila disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah.



Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama.

Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana. Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga. Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia “jangan tengok lelaki” bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku. Duduk satu meja pun tak ada. Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah. Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC. Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia. Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar. Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak. Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.

Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.

(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato

’Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A. Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.

Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila “check” ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya’.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat. Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita. Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia? Azmil Mustafa Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya ” Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam mana nak cari kerja?”

Saya jawab balik, “Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM”. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya. Sekarang kita kongsi raya, kita kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat.

Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini. Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ‘terjajah’. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak.

Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat.Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..


Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh.

Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama’. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.

Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?

Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri. Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan. Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

 Wallahualam.....



blog: WanWMA.
blog: jalan salafus sholih

 Semoga bermanfaat...

*saje nk sharing2..sbb eton rase care die memberitahu secara menyeluruh mengenai permasalahan umat terutama di Malaysia sgt detail dan menyeluruh..kalo nk compare ngan diri sendiri yg masih dlm proses memahami..huhu..subhanallah..

Jan 5, 2011

apekah?

Assalamualaikum..
ni adelah post saje2..
disbbkn peah akan smbg psl post sebiru ari ni utk 2nd and 3rd edition..
so this post is the conclusion on what happen on the 4th day..
while everyone else busy preparing for barbeque..what we did were~~~


haha..sorry..we were busy playing around..
jazakillah tu all antuna for preparing a great event..
muah2..

Jan 2, 2011

why double standard?

d..da...dabel..double standard???
apekah ituuu??


ntah. saya pon tak tau..ngeh3..
tapi saya selalu la dengar omputih cakap ..heheh

tapi yang saya paham dalam bahase jhowonye 

double = dua /two / 2
standard = taraf / level / tahap

so when we combines the words it means 2 taraf..ke taraf 2 ye???  wha-t-everrrr~

ok, what i know double standard is adalah suatu mentaliti di mana seseorang itu bersikap tidak seimbang/ tidak adil terhadap sesuatu perkara. [tetibe rase cam bahasa yang digoogle padahal ayt ntahape2]. maksud yang lebih senang nak paham adalah "bias". 

contohnya [baek tak?siap bagi contoh bagai] : 

seorang guru  di oversea memberi hadiah kepada semua anak muridnya, tetapi tidak memberi hadiah kepada seorang budak perempuan yang bertudung litup dan menutup aurat. kerana budak perempuan itu shaja yang beragama islam di dalam kelas tersebut jadi perbuatan guru tersebut bersikap double standard ..bukan double standard terhadap budak perempuan itu tetapi sebenarnya bersikap double standard terhadap ISLAM.

paham tidak? 

kalau tak paham juga sila la berkunjung ke rumah pakcik wiki.

tapi..apa yang ingin disampaikan oleh penulis [tetibe buang tebiat] sikap itu tidak bagus ye teman temaannnn..


so, do you got what i wanna say??

realiti sekarang, bukan hanya orang non muslim yang mendouble standardkan Islam, tetapi yang paling menyedihkan ...muslim sendiri yang bersikap double standard terhadap agama mereka sendiri. sedih bukan??? ramai orang suka bergosip bercerita, ramai orang suka mendengar gosip lagi cerita..tetapi cerita apa yang selalu kita dengar? kisah apa yang kita selalu bualkan?? si joyah(artis) dah bercerai itu ini..pot pet pot pet habes 2 3 jam..ingatkan berhenti lah sampai kesah joyah...ghupe-ghupenya..... sambung lagi kesah pasal si limah (artis laen) sampai la khatam 4 5 bab...tu belum masuk bab fesyen, bab gadget, bab bab laen juga lah rantingnye   pokoknya....


jom pergi ceramah kt masjid seberang jalan ni..
*mulut yang kepo chi tadi terdiam sambil otak ligat memikir alasan..*

nak dengar kesah pasal nabi muhammad tak?*
takpe la, ak dah penah denga dah cerita pasal nabi muhammad dulu,tyme ak tadika pon aku masuk pertandingan cerita nabi muhammad,no 1 lagi tuuuu.*

pagi ni ada tazkirah subuh la dengan ust.__  , macam best tajuk die. jom pergi dengar! * urm...urm..tableyla..nanti lambat nak g kuliah*

nak join usrah tak?? *
usrah??? uisshhhh..ko ni bahaye la..jangan join la..kang takut ajaran sesat pulak dah*

*eehhh,saya tak boleh jadik imam, kenelah ustaz2 je yg jadik...* 
tapi kalau karaoke die lah sang arjuna, sang jagoan.. meluru masuk memegang mikrofon!!

*alaaa..x yah la nak jadik baek sangat, tak cool la babe* 



dialog diatas adalah sekadar imaginasi penulis.maaf dipinta kalau terlalu ekstrim dan membacanya hampir pitam..silalah tegur jika ada sebarang salah dan silap, tetapi kalau terkena batang idung sendiri pikir pikirkan lah!

adilkah kita bersikap begitu?? adilkahh??sekali lagi diingatkan islam bukan hanya bersolat, berpuasa, dan rukun islam yang lainnya..tetapi Islam adalah SEMUANYA.. setiap perbuatan kita ada kaitan dengan Islam... kenapa perlu membezakan setiap perbuatan kita dengan islam? kenapa boleh bercerita tentang hal - hal laen sampai kering tekak tetapi masuk bab aurat dll anak tekak yang basah tibe2 jadik kering??..suara yang lantang tiba2 jadi bisu?

cubalah lihat...sekarang zaman slr/dslr..kalau boleh lagi panjang "teropong" yang ada, selagi tu lah nak beli..bukan tidak boleh mengambil gambar..tetapi cuba bukakan mata, seramai mana yang menggunakan kelebihan yang mereka miliki untuk mengambil gambar kalau lihat teringat pada penciptaNya..mendekatkan diri kepadaNya, bertaqarrub terhadap Tuhan sekalian alam..realitinya, mereka memotret gambar model2 wanita ..yang kononnye muslimah berfesyen..duhai wanita, sadarlah! janganlah engkau tertipu dengan dunia..


kenapa bersikap sebegitu? tepuk dada tanyalah iman!


alangkah indah hidup bersyariat.percayalah.. islam tidak pernah sesekali menyulitkan maupun menyebabkan kita bertambah derita. tidak rugi jika berpakaian menutup aurat seperti yang telah dijelaskan di dalam al-quran, malah lebih indah lagi. tidak rugi jika dibuang tabiat mendengar lagu omputih dan diganti dengan ayat suci al-quran. tidak rugi jika membaca al-quran berbanding membaca novel cinta murahan...benar...tidak rugi sama sekali!!  bukalah hati, hamparkan minda.celikkan mata.. berfikirlah seperti seorang manusia yang mempunyai akal.kita diciptakan lebih mulia dari makhluk lain bukan hanya menjadi insan biasa biasa tetapi jadilah seorang muslim yang luar biasa! berjuanglah demi Islam. 

tweet2:
  •  truly sorry kalau bahasa di atas menyinggung mana2 pihak. sorry guys!dialog dan watak di atas hanyalah rekaan semata-mata. 
  • moga beroleh manfaat~
  • piccas creditos to devianart


im telling u all this because..

.
.
.
..
..

..
.....
......

.
.
.




we're brothers.we're sisters.


mood : [tetibe rase nak membebel sebelum skolah kuliah setat esok]


Mendambakan Kasih Ilahi

-d.a.m.e.y-

a year older, a year better



2011
Ahlan Wasahlan

Selamat Datang 

Hwanyŏng-hamnida   환영합니다


Welcome


jom, topupkan iman dan amal kita!


semoga terus tsabat di jalan Allah


DAKTAR comes first!!

then barulah DOKTOR.


2011's camera

ukhuwah sefresh hijau daun


2nd gambar tu takde kaitan ngan tajuk tapi nk letak sebab cantik ok!


:)




Mendambakan Kasih Ilahi

-d.a.m.e.y-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...