Jul 31, 2010

Beautiful Recitation by Sheikh Mishary Rashid

salam pada semua.
di sini saya nak kongsikan satu video yg sangat menyentuh hati.
Bacaan oleh Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy yang merupakan Imam di Masjid Al-Kabir di Kuwait.
Maklumat tentang Sheikh Mishary boleh di baca di sini dan website rasminya di sini.

Saya mula mengenali Sheikh ini selepas kawan saya postkan satu link di Facebook.
Bacaan beliau ya Allah, sangat syahdu dan terharu. Tuhan je yang tahu.

di bawah ni adalah video yang baru saya jumpa beberapa hari lepas. Mereka boleh menangis membaca ayat-ayat Allah kerana takutkan azab-Nya. Bertapa mereka menghayati Ayat-ayat Allah tersebut. Allahurabbi..

Hayatilah bacaan beliau dari Surah Al-Fussilat,41 ayat 19-36.



disini disertakan juga terjemahan bahasa melayu untuk lebih memahami makna2 ayat2 suci tersebut. Semoga redha Allah sentiasa bersama kita, InsyaAllah.

AL-FUSSILAT (DIPERJELASKAN)

19: Dan hari dikumpulkan musuh-musuh Allah ke dalam neraka lalu mereka dipisah-pisahkan.

20: Sehingga apabila mereka sampai ke sana, bersaksilah atas mereka pendengaran mereka, dan penglihatan mereka, dan kulit mereka terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

21: Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" (Kulit mereka) berkata: "Kami dijadikan berkata-kata oleh Allah yang menjadikan segala sesuatu berkata-kata, dan Dia (Allah) yang menciptakan kamu pada kali yang pertama, dan kepada-Nya (kepada Allah) kamu dikembalikan.

22: Dan tidaklah kamu dapat bersembunyi daripada persaksian pendengaran kamu, dan tidaklah penglihatan dan tidaklah kulit kamu, bahkan kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan daripada apa yang kamu kerjakan.

23: Dan yang demikian itu adalah prasangka kamu yang kamu sangkakan terhadap Rab (Tuhan) kamu bahawa Dia (Allah) telah menjerumuskan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang yang rugi.

24: Jika mereka bersabar, maka nerakalah tempat tinggal mereka, dan jika mereka meminta dikasihani, maka tidaklah mereka termasuk orang yang kasihani.

25: Dan Kami (Allah) tetapkan bagi mereka teman-teman yang menjadikan mereka memandang baik apa yang ada di antara hadapan mereka dan di belakang mereka, dan tetaplah atas mereka keputusan (sebagaimana) pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka daripada jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang yang rugi.

26: Dan orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar kepada al-Qur’an ini, dan buatlah gangguan terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).”

27: Maka sesungguhnya Kami (Allah) akan merasakan azab yang keras kepada orang kafir, dan Kami (Allah) akan membalas mereka dengan seburuk-buruknya bagi apa yang telah mereka kerjakan.

28: Demikianlah balasan (terhadap) musuh-musuh Allah, (iaitu) neraka. Bagi mereka mendapat di dalamnya adalah negeri yang kekal, sebagai balasan kerana mereka mengingkari ayat-ayat Kami (Allah).

29: Dan orang kafir berkata: "Rabbana (wahai Tuhan kami)! Perlihatkan kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (iaitu) daripada jin dan manusia, agar kami letakkan kedua-duanya di bawah telapak kaki kami, supaya kedua-duanya menjadi orang yang hina.”

30: Sesungguhnya orang yang mengatakan: "Rab (Tuhan) kami ialah Allah," kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): "Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepada kamu.”

31: Kami (Allah) adalah pelindung-pelindung kamu dalam kehidupan dunia dan di akhirat, dan bagi kamu di dalamnya apa yang diinginkan oleh dirimu, dan bagi kamu di dalamnya apa yang kamu minta.

32: Hidangan daripada al-Ghafur (Yang Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).

33: Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang salih, dan berkata: "Sesungguhnya aku daripada (golongan Muslimin (orang yang berserah diri)."

34: Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antara engkau dan dia ada permusuhan (berubah) seolah-olah teman yang sangat setia.

35: Dan tidak diberikan melainkan kepada orang yang sabar, dan tidak diberikan melainkan kepada orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.

36: Dan jika syaitan mengganggu engkau dengan suatu gangguan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui).

Yang baik itu datang dari Allah, yang salah itu datang dari kelemahan saya sendiri. Wallahu'alam..

~IZAN~

1 comment:

hanrylis said...

i looooiikkee..
trime kasih memberi peringatan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...