Jul 29, 2011

Lautan Air & Puasa!

Assalamualaikum wbt..

Saya dalam mode liburan (cuti) sekarang.. biasanya  time cuti ni lagi sibuk daripada tak cuti… sibuk duk kat dapur, hehehe..dapur adalah spot yg paling best lepas bilik sendiri..

Dua hari lepas, saya temankan umi pergi hospital sbb dia ada appointment  dengan doctor.
Umi ajak saya sbb parking susah nk dapat kat hospital besar trg ni.. so lepas parking kat tempat yg salah dan drop by umi, tak sempat buat apa2, org hospital tu dah halau cakap tak leh parking kat situ.. haish, so sy pun pergilah membawa diri sorg2.. pusing2, cari kot2 ada parking, last2 keluar jgk dari hospital.. pastu drive tak tau nak g mana, last2 Allah gerakkan hati untuk pergi pantai batu burok..

oke, ni bkn sy yg amek

Bila sampai, dh pukul 10am, agak panas, tepi laut kan. Tp sy redah je pegi ke tepi2 gigi air..Ya Allah, rupa-rupanya, dalam banyak2 ciptaan-Nya yang ada atas bumi ni.. Allah nk suruh saya tadabbur dan hayati ciptaan Dia yg satu ni, LAUT.. Subhanallah…

Memang betul, bila tgk laut, carilah cacat pada ciptaan itu.. tak ada… Then, tgk lagi.. cari lagi kecacatan tu… tak ada satu cacat cela pun pada ciptaan-Nya ini..  Allahuakbar..

Dan bila tgk LAUT , rasa tenang dalam hati, dan saya dapat nampak 2 benda..

Yang pertama, sy rasa, sebanyak-banyak air yang saya nampak tu, ILMU Allah paaaaaaassstiiii lagi banyak dari itu semua.. ilmu yg kita dah tahu, ilmu yg org2 pandai dah kaji, ilmu2 kemahiran, ilmu itu, ilmu ini.. mcm2 dah buku2 yg wujud kat atas dunia ni yg tak mungkin sempat kita nk baca semua.. dalam berpuluh2 bahasa ilmu itu dizahirkan, tak termasuk lagi ilmu2 yg tak dizahirkan..

pokoknya banyak sgt3.. sedarkah kita semua tu dari Allah? semua itu milik Rabb kita… bila2 masa je kan Allah boleh tarik balik hak milik Dia tu.. 

kata org cerdik pandai, bila makin banyak dia tahu suatu ilmu tu, rupanya makin dia sedar, masih byk yg dia tak tahu.. 

ada pepatah pula kata, ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk, jgn ikut resmi lalang, makin berisi makin tegak.. (bukannya makin bijak makin sombong yee)

dan teringat lirik lagu kembara ilmu, suhaimi

kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis


Yang kedua, bila tgk LAUT, sy akan teringat dosa.. ada org kata, tgk pasir, dosa kita pasti lagi banyak dari pasir yg ada kat pantai tu.. sy ni twisted sket.. tp takpe la kan, masing2 ada pendapat sendiri..


Ye, bila nampak air laut yg byk tu, terasa byk beno dosa2 lalu diri ini.. dosa sedar, dosa tak sedar, dosa sengaja, dosa tak sengaja, dosa besar, dosa kecik..  rasa mcm dah berkarung2.. hukhuk..
Ya Allah, ampunkanlah diriku..

Dan yang ketiga, bila g pantai ni, teringat kenangan saya dengan Allie..

febuary 2010

Ktorg g pantai pukul 2pm! Mat saleh pun xsanggup nk wat sunbathing time2 gini. Haha..
Ape2 pun, ni mmg satu kenangan.. panas2, ambik gambar, main air..

Kenangan dgn nadhirah n aina pun ada kat pantai ni..
Pun sama, pegi pantai pukul 12pm! Haha.
december 2010, nadhirah

december 2010, aina

Ditakdirkan pergi time2 gitu, nk buat cam mane.. sbb ktorg g makan A&W lepas buat IC sama2, tu la singgah pantai and berposing2 dulu..  kenangan2, tak pernah dibuat org, ktorg je 3 org duk tgh panas tu.. haha


skrg ni, tinggal 2 hari je lagi nk masuk bulan Ramadhan.. moga Allah bagi kesempatan pada kita sempat merasa nikmat bulan Ramadhan kali ni.. dan semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan2 yg lepas, insyaAllah.. 

Bak kata seorang ustaz, senaraikan apa saja yg kita nk buat bulan puasa kali ni supaya ada garis besar amalan apa yang kita nak tambah, nak perbaharui dan nak perbaiki.. insyaAllah, sy pun dalam proses duk pikior nk buat apa ni.. :)

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN~ 



setakat ni dulu repekan untuk cuti ni..
kalo sy rajin saya update lagi.. hee
wassalam

kuala terengganu, 29 july 2011
IB

Jul 26, 2011

DENTAL TIPS

Assalamualaikum.
judul hari ini ialah PERBEDAAN BUDAK DENTISTRY DAN BUDAK MEDIK.
hehheh..bukan niat di hati untuk mencari gaduh dengan menyatakan kebagusan kami anak-anak yang mengambil pergigian tapi hanya untuk mendedahkan perbezaan sahaja. harap maklum. (^_^)

perbezaan :
1. yang paling utama, kami lebih praktikal dengan penggunaan tangan. sebab kitorang kena buat benda ni!

kerja sekolah waktu 2nd semester


2. memang la budak medik belajar lebih banyak dari kami tapi kami pun belajar banyak juga. ada seorang doktor pengajar tu cakap "dentistry ialah suatu seni". that's why you have to be able in handling your hands in crafting + creativity in finding solutions. haha..

3. bidang pergigian ini, kita akan berasa lebih puas hati sebab selalunya pesakit yang datang ke klinik atau hospital, sudah berada dalam kondisi yang sangat sakit. jika perawatan kita betul, then patient tu mesti rasa lega dan hilang sakitnya. seriously, that feels really good cause you help others in healing their pain. biasalah, sakit gigi ni kan luar biasa sakitnya.

kenapa baru sekarang baru eton nak buat post pasal ni? sebab baru sekarang rasa apa yang cikgu ajar waktu semester awal pengajian itu sangat berharga. waktu berada dalam saat pembelajaran dulu cam tak puas hati kan. biasalah, sebab tak puas hati dengan sistem pengajian Indonesia jadi kita protes dengan tak nak belajar betul-betul. membazir sungguh. i mean, not that i don't study at all, it just that i don't pay attention to the details on why the teachers asked us to this "sangat leceh " homework. i cut my fingers a few times. hehhehe..konon nak beritahu yang saya sangat rajin buat kerja rumah.

anyways, i'll post another entry telling you guys on how to do the above picture thing.

until then, belajar lah kerana Allah SWT, anda akan menghargai tiap ilmu kerana kita diamanahkan untuk belajar.


love,
eton

Jul 9, 2011

CORETAN HATI ETON : WAHAI HAFIY-AN

 RUMAH YG KU HUNI SEKARANG INDAH SEKALI,

JERIT SEKALI 3 PINTU RUMAH DIDENGARI,

BAKAL MENGHUNI HAFIY DI KEMUDIAN HARI,

MENJERIT DALAM HAFIY BAKAL SAKIT TEKAK KU NANTI.

saja ja post. untuk memberi peringatan untuk mujahadah diri dalam RI Hafiy. 
datang la ke Hafiy ya teman2..


love, eton
 


Jul 2, 2011

TRANSFORMER: REVENGE OF THE FALLEN

Ya, memang saya agak ketinggalan sedikit. Transformer: revenge of the fallen dah berkurun keluar di bioskop @cinema. Tapi saya tetap tahu sekarang transformer 3 sudah pun ditayangkan di pawagam. Kan*bangga*?? Perlu ke rasa riya’ di situ kerana mengambil tahu kononnya “perkembangan semasa” ataupun up to date bak omputih kata? Perlu kah?? -_-‘’

Automatically, keluar je kalimat transformer, neuron dengan sepantas kilat akan menghasilkan impulse dan memberi gambaran dan bayangan maya BUMBLEBEE, OPTIMUS PRIME, MEGATRON, serta datuk kepada hero yaitu tidak lain tidak bukan WICWICKY. [nama datuknya sahaja yang mampu saya ingat , nama hero sendiri pon saya lupe, tak tahu]  serta megan fox.

Ok lah, bukan nak mereview movie transformer TAPI..

Jikalau transform adalah berubah, maka transformer adalah agen yang menyebabkan perubahan. Dalam konteks ini, saya lebih menumpukan agen tersebut kepada individu manusia bukan individu lembu mahupun individu kerbau[ wujud kah?] individu itu tidak lain tidak bukan.. YA, diri saya , saya lagi dan  lagi sekali ,saya serta  anda sekalian.


WHAT?
Wajarkah kalau bicara merubah diri dari baik kepada jahat? Perlu ke tips tips untuk mengajar diri menjadi jahat? tidak perlu diajar, sudah tahu sendiri bagaimana untuk menjadi jahat. Kalau perlu diajar, saya yakin sudah lama syllabus, BAGAIMANA UNTUK MENCURI sudah diajar oleh guru guru kita di sekolah. eh, ramai pula yang tahu taktik2 dan skil2 superb untuk mencuri biarpun tidak diajar.see??? pelik kan?

Jadilah anak yang soleh dan solehah, Rajin membantu orang lain, serta bersedekah ..banyak lagi yang diajar dan kita disuruh untuk berbuat baik pada Allah, ibu bapa dan makhluk lain. Dari kecil sudah diajar, tapi hanya berapa orang yang mahu mengamalkannya. 

Benda baik yang diajar dari kecik sampai lah la ni yang besau memanjang berbubble bubble mulut cikgu cikgi dan mak ayah kita pesan, tapi sikit pulak yang buat. Buat donno(don’t know)  je. Pelik kan?

So, makanya, sekarang yang hendak diubah adalah mengubah diri dari jahat menjadi baik, dari baik menjadi lebih baik, dan lebih lebih baik danmentransform diri bergandaganda ganda baik.
Jika tak susah nk jadi jahat, sebaliknya pula, tak mudah nak jadi baik. U choose. Nak jadi Baik ke nak jadi jahat?

WHY?
Kenapa nak jadi baik? Buat penat je jadi baik, katanya nak jadi baik, susah..kenapa perlu bersusah payah? Better jadi jahat, takdelah idop gue cape’. Kan?

Bukan begitu.

1)      1. Fitrah manusia itu sendiri sukakan kebaikan. Naluri dan sifat manusia itu secara semula jadinya Allah telah menciptakan sukakan kebaikan.

Siapa yang gembira jika beg tangannya diragut, siapa yang menyeringai bergelak ketawa jika salah seorang ahli keluarga mereka dibunuh? Siapa yang akan bertepuk tangan jika dikhianat oleh teman sendiri? 

Mungkin orang yang berbuat jahat itu sendiri tidak suka perbuatan dirinya sendiri. Namun, jangan pernah kalah dan tunduk pada hasutan syaitan dan iblis.bermujahadahlah melawan godaan dari syaitan dan iblis. 

2)     2.  Jangan jadi jahat macam firaun, nanti dilaknat Tuhan!

Firaun, manusia yang mengaku Tuhan. Lihat balasan Allah yang timpakan untuk firaun dan bala tenteranya.
“Maka Kami siksa dia (fir’aun) dan bala tenteranya, lalu kami lemparkan mereka ke dalam laut.maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang zalim” [28:40]

Biarpun mudah menjadi jahat, jangan lupa, balasan menjadi jahat dan azab setia menunggu. Kalau terlepas hukuman di dunia, jangan bimbang jangan gusar, azab Allah diakhirat kelak tetap menjadi pembalas segala amal. Segala yang dikerjakan di dunia baik perbuatan baik ataupun jahat akan dibalas secara adil kerana Allah itu Maha Teliti dan Maha Adil.

Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah,niscaya dia akan melihat balasannya.dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah,niscaya dia akan melihat balasannya [99: 7-8]

WHO?
SIAPA yang perlu diubah??? Siapa yang perlu mengubah???

Ketika aku di usia remaja cita citaku adalah untuk mengubah dunia, tetapi bila aku meningkat dewasa, baru ku sedar bahawa dunia tidak pernah berubah.lalu ku sempitkan cita citaku untuk merubah Negara, tetapi bila usiaku bertambah, kulihat Negara juga tidak berubah, dan apabila badanku lemah berada di pembaringan, aku melihat cita citaku untuk melihat keluargaku untuk berubah, tetapi nyata mereka juga tidak berubah, dan ketika nazak menunggu kematian, buat kali pertamanya aku berfikir, jikalau perkara yang pertama yang ku ubah adalah diriku sendiri, maka mungkin dengan memberi teladan yang baik, keluargaku akan berubah, dengan sokongan keluarga, aku mungkin dapat merubah Negara dan siapa tahu aku juga mungkin mengubah dunia.

-petikan dari ceramah ustaz hasrizal-
 

Ubahlah dirimu menjadi insan mulia. Pertama-tamanya, berazamlah untuk mengubah diri menjadi lebih baik seiring mengajak orang lain untuk menjadi lebih baik. Logika sahaja, anda menyuruh orang lain untuk menjadi baik, tetapi diri sendiri yang bercakap masih berada di takuk yang lama. Masih tidak berubah kea rah yang lebih baik. Akan timbul desas desus: “cakap tak serupa bikin”

Ibrah Transformer: revenge of the fallen.

Berubahlah. Demi ISLAM. Kembalikan semula harta umat ISLAM  serta maruah ISLAM itu sendiri.  Berubah menjadi umat ISLAM yang hebat.  Berubah demi menaikkan semula ISLAM yang kini sedang dipandang serong oleh dunia.



Beranilah melakukan TRANSFORMATION, beranilah keluar dari comfort zone anda!

Orang yang berubah kerana terpaksa adalah mangsa
Orang yang memaksa diri untuk berubah adalah orang yang BERJAYA!
-ustaz hasrizal abdul jamil-


p/s: credit to devianart

alhamdulillah, biiznillah,
-damey-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...