Mar 23, 2011

mind to share your thought?



قُلۡ هَلۡ نُـنَبِّئُكُمۡ بِالۡاَخۡسَرِيۡنَ اَعۡمَالًا
(18:103) Say, (O Muhammad): "Shall We tell you who will be the greatest losers in respect of their works?


اَ لَّذِيۡنَ ضَلَّ سَعۡيُهُمۡ فِى الۡحَيٰوةِ الدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُوۡنَ اَنَّهُمۡ يُحۡسِنُوۡنَ صُنۡعًا‏
(18:104) It will be those whose effort went astray76 in the life of the world and who believe nevertheless that they are doing good.




ayat di atas membuat saya agak tersentak. takut. cuak. dan macam macam adoooo..kenapa??


greatest loser...
orang yang PALING RUGI..
siapa yang mahu jadi rugi? 
tanyalah siapa pun..semuanya nak kan untung.
dalam setiap perkara bukan hanya dalam bisnes, setiap makhluk mahukan keuntungan.
saya nak untung. saya tak nak rugi!


"....whose effort went astray....nevertheless that they're doing good"


cuba bayangkan sekarang.yee..right now!


anda sedang berhempas pulas membuat thesis. hanya tinggal sedikiiiiiiiiiiiiiiit shj lagi untuk menghabiskan perkuliahan yang dah bertahun tahun penat mencerna dan menghadam ilmu . hantar thesis, then boleh graduate. betapa best nye saat saat seperti itu. tentulah kita sehabis mungkin, sepenuh tenaga dan daya mengerah tenaga untuk menyiapkan thesis tersebut. tidur pun sudah berbulan bulan entah ke mana, makan pun cukup yang instant semuanya, mandi pon dah tak ingat bila last tyme mandi..yang pentingnye, thesis , thesis ..thesis.. dan thesis...
sampailah hari yang dinanti nanti kan..hantar thesis kat prof then keluar bilik prof dengan senyum lebaarrr sampai ke telinga.."monolog di dalam hati. angan angan tinggi nun melangit. plan itu plan ini, karaoke,..tengok wayang , picnik, macam macam laaah lagi. 


TETAPI.... 


angan bertukar menjadi asap..kelam.kelabu...plan plan tadi retak bekecai tinggal debu debu..halilintar tiba tiba menerpa.belum sempat membuka isi thesis yang setebal kamus dewan bahasa dan pustaka itu, baru dilihat cover depan page sahaja lantas dicampak thesis melayang ibarat boomerang. 


"tajuk gapo dio hok mu buak nih?? tak dok kelah(class)  lassung!! setakak tajuk ginnie anok saye hok jallang tak tih tak tih pong buleh buak!!" ngepek sunggoh!buak mullla, saye tak mboh hok ginni" tempik prof td dengan wajah menyinga.kalah dahsyatnya angin monsun tengkujuh kat pantai timur sana. segarang tsunami membaham jepun.


hampir pitam seketika...pedas telinga mendengar. berasap! terbakaarrrr! hangin satu badan. muka yang tadi semanis kurma bertukar menjadi lebih masam dari asam jhowo!


diselidik sampai ke akar umbi, apa yang salah mana yang silap. ghupe ghupenye....siapa yang tak marah macam prof tersebut ..disuruh laen, dibuatnya laen.


tajuk sebenar :  how to detect a caries
tajuk yang dibuat: how to make mama carrie's' (kueh ghaye)

iyelah. kan nak jadi doctor gigi, yang hang pi buek resepi ntahapehape sapo yang tak menyirap darah haaa! hadoooooiiiii, sabooooo je lah~


Jadi, pada pendapat saya, apa yang saya dapat simpulkan dari ayat 18:103-104 analoginya seperti kisah di atas. 




share your thought,anyone??


untung atau rugi.you choose!
credit to devianart


p/s: mahap bebeno lah ye kalau penggunaan bhase ganu tu tak menepati piawaian standard. ade yang salah dan silap, ampooonnn!

mendambakan kasih Ilahi


-d.a.m.e.y-

:)


mujahadah itu pahit karena syurga itu manis.

toodles,

mendambakan kasih Ilahi

-d.a.m.e.y-

Mar 22, 2011

domino's effect

domino
salam.

disentuh satu, yang lain turut bergerak. yang pertama dicuit, yang lain turut sama bergerak. yang depan diusik, yang belakang turut terusik. alunannya cantik.gerakannya indah. itulah....

 DOMINO'S EFFECT


ATURAN MAIN
saya tidak tahu bagaimana aturan sebenar permainan domino tersebut.sejujurnya, yang saya tahu cuma susunlah pemadan 20 sen sebanyak mungkin( sebab tyme kecik comel lotte dulu selalu beli pemadam bnyk2 untuk lawan kau- tindih- aku- aku -tindih - kau), kemudian tolak salah satu pemadam yang paling hadapan. yang hadapan akan tolak yang belakang sehinggalah sampai yang terakhir. tersenyum gembira melihat gerakannya walaupun tidak sehebat psp sekarang.



pulang ke Malaysia bulan yang lalu, sempat saya menghabiskan sebuah novel VERSUS karya HLOVATE.  Saya kurang berminat membaca novel sebenarnya, tetapi sudah ada di rak buku di rumah, sambil mengisi kekosongan yang ada alhamdulillah ada ibrah yang diambil dari buku tersebut..

IBRAH DOMINO'S EFFECT

"walaupun aku tak pakai tudung , tapi aku still semayang cukup 5 waktu"
"pakai tudung, tapi bekepit jugak ke sana ke sini naik motor keliling kampung"
"harap je tudung labuh, tapi perangaaiiii nauzubillah!"

mungkin itu salah satu ayat yang sering kita dengar bukan?

tidak timbul ayat sebegitu lagi jika iman yang bertakhta di hati , bukan hawa nafsu yang menguasai .

iman menggerakkan anggota yang lain. iman ibarat darah yang mengalir ke seluruh tubuh. seluruh pelusuk di anggota tubuh darah akan sampai.jika aliran darah tersebut disekat ,adanya thrombosis maka terjadilah ischemia di anggota tubuh yang tidak mendapat supply darah tersebut. begitulah juga iman. mungkin akan ada anggota tubuh yang mati kerana kehausan iman!

iman menggerakkan anggota yang lain. tangan, kaki, mulut, mata, hidung, dan seluruhnya. iman baik,baiklah juga yang lain.iman luntur, lemahlah anggota yang lain. bergeraknya iman, bergeraklah yang lain mengikutinya. macam DOMINO!

1.Aqidah

percaya Allah itu Esa. tiada kuasa lain selain Dia. Dialah Tuhan yang SATU! kepercayaan itu hadir bukan tatkala senang sahaja,tetapi percaya itu hadir dalam setiap dan segala jua bentuk . di timpa musibah, percayalah Allah itu menyayangi kita, moga rasa percaya itu sentiasa bersarang di hati kita. bukan cukup sekadar 100 %, tetapi haruslah 200%!inshaAllah.

2. Ibadah.

percaya dah cukup?? TIDAK! iman itu percaya dengan hati, mengakui dengan lisan dan mengamalkannya dengan perbuatan anggota tubuh. jadi, jika sudah hadir rasa percaya ayuhlah kita membuktikan dengan amalan pula. bukannya sekdar omong-omong kosong. bak kate orang,cakap tak serupa bikin!  saya pun masih terlalu banyak kurangnya, marilah kita bersama melipatgandakan amal ibadah kepadaNya.

 "demi cinta, lautan api sanggup ku renangi"...
[ayat femes orang bercinta, tapi kalau dah hilang rasa cinta, nk tolong nyalakan api kat dapur pun tak kuasa nak melayan.hampes !]

jika seorang perempuan meminta tanda kasih dan bukti sayang dari kekasihnya, begitulah jua yang harus kita lakukan untuk mendapatkan cinta agung dari Allah. malah lebih dari itu harus kita korbankan!


3.Aurat

Aqidah ok, ibadah pun ok, tentulah batas batas aurat pun ok! dijaga rapi aurat agar tidak ada satu pun lelaki ajnabi yang melihat auratnya. bukan hanya dari segi pakaian, tapi tingkah laku dan suara pun dikawal agar tidak menimbulkan sebarang fitnah. maka tidak akan timbul persoalan lagi " aku still sembahyang and puasa walaupun tak pakai tudung"  dan macam macam lagi . trend tudung sekarang pun dah menjadi jadi..makin maju negara, makin mini jugalah saiz tudung! haih! biarlah kita seperti pemuda yang baru keluar dari gua Alkahfi asalkan segala syariat Allah tetap kita jaga rapi. yang indah tidak semestinya benar, tapi yang benar itu pastinya indah.inshaAllah.
one in a million

4. Ikhtilat (Pergaulan lelaki dan perempuan)


“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS.24 : 30-31)

masalah remaja sekarang ..BUANG ANAK!..makin menjadi jadi. anak bagaikan tin dibuang merata rata.  sedih..terlalu sedih melihatnya. Akibat pergaulan yang melampai batas,  lelaki dan perempuan. nauzubillah! hanya iman sahaja yang menjadi batas antara haq dan batil. 


Saya pun masih berusaha untuk menjadi hambaNya sebaik mungkin.doakan yang terbaik untuk saya, doakan juga yang terbaik buat kita di dunia dan akhirat yang pastinya.


jom ikut skema Allah dan Rasul!



selagi masih ada waktu...gunakanlah sebaiknya!





p/s:


dah lama sangat tak share something kat sini..sorry guys! jari den pon keras semacam nk menaip.

credit to devianart.


Mendambakan Kasih Ilahi

-d.a.m.e.y-




Mar 8, 2011

Meminta dan Memberi

Assalamualaikum,

hi guys..lama sudah tak post something..ok lah..tajuk kita pada hari ini ialah meminta izin dan memberi izin..
sounds complicated? urm..sy akan cuba untuk menjelaskan sebaik mungkin.

credit to google


The idea of this post is very simple. What goes around, comes around. Sounds familiar? Well, what i'm trying to tell is that what will you feel when you found out that your things had been borrowed without your consent?

Sy memang mengamalkn sifat meminta sebelum menggunakan barang orang sejak dari kecil lagi..nak tahu kenapa? sebab ayah sy kata, "eton! jangan suka sangat nk pinjam barang orang!"..mungkin tak semua orang perasan akan perkara tu..tapi kalau orang tu betul2 memerhatikan atau mengenali sy dalam tempoh yg lama, anda akan nampak situasi tu selalu berlaku..kenapa sy sebok2 nak minta izin dulu? ada banyak sebab, antaranya :

1. sy hormat dengan barang orang lain..means sy tau kita beli barang pakai duit @ uang @ ongkos dan sewaktu dengannya..
2. sy tak suka bila orang amik barang sy tanpa kebenaran
3. sy rasa macam kena rompak tiap kali sy tau barang dipakai tanpa kebenaran

disebabkan berbagai alasan diatas, sy telah berusaha untuk menanamkan sifat meminta sebelum pinjam..
ramai orang memberi tindakbalas macam ni :

"alaaaa..amik je la..ko ni cm xbiase plak"
"xyah nk wat segan2 la ngan ak..amik je la"
(untuk situasi orang yg dah kenal agak lama atau dah mula selesa dengan kehadiran masing2)

tapi sy degil juga nak minta kebenaran..kenapa? why? 왜 아니야?

sy amat lah berharap bila sy meminta izin sebelum meminjam pada seseorang --> orang yg memberi pinjam juga akan memberi maklum balas yg sama sebelum meminjam apa2 dari sy..tak kira lah dalam bentuk sekecil apa pon barang yang dipinjam

sy juga tahu jika kita menghormati barang orang lain, bermaksud kita juga menghormati tuan empunya barang

sy suka menjaga hubungan mesra yg dah terjalin antara sy dan kawan2..meminta izin bukanlah bermaksod sy kurang selesa atau tidak rapat dengan seseorang tapi perbuatan itu akan menampakkan yg hubungan itu lebih berharga

kita semua di sebalik hati yg lembut bak cite Adnan Sempit "dlm hati wa ade taman" mungkin akan terguris pada sikap teman2 yg tak ambil peduli bila situasi meminjam..mungkin kita tak ambil kisah sangat bila alat yg dipinjam itu kecil seperti pemadam, dan sebagainya..tp bila barang yg akan dipinjam itu mempunyai nilai yg berharga di hati pemberi pinjam..mungkin dia akan sedikit terkilan jika kita tidak meminta izin terlebih dahulu..

bukankah lebih harmoni sesuatu hubungan yg terjalin terutama hubungan yg dibina kerana Allah jika kita mula menitikberatkan perkara ini? kita mungkin tak menyedari perkara ini tapi apalah salahnya jika kita mula melihat dengan lebih teliti perkara meminta dan memberi ini? ingat lah yg hasutan syaitan itu ialah selemah-lemah hasutan..tapi jika hasutan itu datang dari perkara ini, bukankah itu amat merugikan?

kawan sy pernah bertanya
"nak jaga hati orang atau nak jaga hati sendiri?"
sebagai seorang daie, kita lebih digalakkan memberi dari menerima
betul tak?

see the point? i mean the main point? why don't we start asking before borrowing something? 
though they didn't admit it, your friend actually feels glad you'd asked. seriously. as i don't want it happens to me so why would i do the same to others? starts today! you'll see the changes!!

love you fillah,
eton

Feb 22, 2011

CORETAN HATI ETON : sbg hamba Allah




Assalamualaikum, rasa nk berpuisi pula di malam hari..

bila malam menjelang,
timbul rasa takut untuk memejam mata,
timbul prasangka buruk terhadap kekuasaan Allah SWT,
timbul rasa tidak selesa di dalam tubuh,

kerana mungkin hari ini,
aku terlalu leka dengan kehidupan dunia,
aku terlalu sedikit mengingat Allah walau sedetik berlalu,
aku terlalu leka di depan televisi sehingga melambatkn solat,
aku tidak khuyuk dalam solat,
aku terlupa menjaga cara bercakap dan perwatakan ku,
aku terlupa akan maksud di sebalik kalimat syahadah,
aku lalai dalam tujuan hidupku,
aku sudah mula malas melakukan yang sunat,
kesimpulannya, ak alpa dan lalai..

adakah aku akan kekal dalam keadaan begini pada esok hari?
mungkinkah aku masih bernafas pada esok hari?
apakah usaha ku untuk mengubah keadaan ini?
adakah aku akan berusaha mengubahnya?

subhanallah,
ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku kerana melupakanMu...

Feb 21, 2011

Doa itu Senjata bagi orang-orang Mu'min



Assalamualaikum, 


hari ni (to be exact, ptg ni lepas UO cancel) sy jalan2 dekat page ustaz zahazan kat FB, jumpa satu mende yg bermanfaat yaitu waktu yg mustajab untuk berdoa. 


Kita tau, doa tu merupakan senjata umat islam (mcm tajuk post), so kita mmg digalakkan untuk berdoa banyak2 dkt Allah, sebagai tanda rasa penghambaan diri terhadap Yang Maha Esa.. 


Sbnrnye, sepanjang masa pun kita boleh berdoa kat Allah, tak kisah pagi, malam, petang xpun lepas masak, sambil naik basikal dll..


haa..Allah mmg sukee sgt2 pada hamba-Nya yg byk berdoa dgn hati yg Ikhlas ni. 


tapi, ade waktu2 yg mustajab supaya doa kita di terima Allah.. mende ni la yg sy jumpa.


so nk share la kat sini, moga bermanfaat untuk sapa2 yang sudi bace blog ni.. InsyaAllah =)

=============================================****=============================================

WAKTU2 MUSTAJAB UNTUK BERDOA

1.      Ketika hujan.
2.      Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3.      Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4.      Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5.      Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6.      Ketika sujud dalam solat.
7.      Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8.      Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9.      Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10.  Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

selamat berdoa :)
Wallhu'alam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...