Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Feb 21, 2011

Doa itu Senjata bagi orang-orang Mu'min



Assalamualaikum, 


hari ni (to be exact, ptg ni lepas UO cancel) sy jalan2 dekat page ustaz zahazan kat FB, jumpa satu mende yg bermanfaat yaitu waktu yg mustajab untuk berdoa. 


Kita tau, doa tu merupakan senjata umat islam (mcm tajuk post), so kita mmg digalakkan untuk berdoa banyak2 dkt Allah, sebagai tanda rasa penghambaan diri terhadap Yang Maha Esa.. 


Sbnrnye, sepanjang masa pun kita boleh berdoa kat Allah, tak kisah pagi, malam, petang xpun lepas masak, sambil naik basikal dll..


haa..Allah mmg sukee sgt2 pada hamba-Nya yg byk berdoa dgn hati yg Ikhlas ni. 


tapi, ade waktu2 yg mustajab supaya doa kita di terima Allah.. mende ni la yg sy jumpa.


so nk share la kat sini, moga bermanfaat untuk sapa2 yang sudi bace blog ni.. InsyaAllah =)

=============================================****=============================================

WAKTU2 MUSTAJAB UNTUK BERDOA

1.      Ketika hujan.
2.      Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3.      Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4.      Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5.      Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6.      Ketika sujud dalam solat.
7.      Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8.      Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9.      Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10.  Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

selamat berdoa :)
Wallhu'alam~

Oct 29, 2010

OH REMAJA OH!




anak muda harapan bangsa
anak muda pewaris takhta negara
anak muda generasi harapan
anak muda...
anak muda...



Besarnya peran anak muda, tanggungjawab yang bakal digalas harapan rakyat

"amir kalau besar nanti nk jadi apa?" tanya seorang ibu?
erm, amir nak jadiiiiii perdana menteri!" sahut amir penuh semangat. si kecil namun cita-citanya besar. tersenyum lebar sang ibu.

"tak jadi perdana menteri pun tak apa amir, jadilah pemimpin bagi diri sendiri dan keluarga sendiri"bisik hati kecil ibunya sendiri sambil menguntum senyum. bukan tidak percaya anaknya mampu namun yang pentingnya agar bisa menjadi manusia berguna.

KE MANA HILANGNYA AMIR

bukan amir menjadi tumpuan disini, namun anak muda sekarang. ya, saya pun anak muda. manakan tidak sedih jika anak muda sering dipersalahkan, anak muda penyumbang terjadinya jenayah...anak muda...mana perginya slogan anak muda harapan bangsa..oh, remaja!

pergaulan bebas
zina,
pembuangan bayi,
pembunuhan kejam,
jenayah ragut, samun, rompak dsb.

semuanya 'dipelopori' anak muda. katalah apa sahaja keruntuhan nilai akhlak, kebanyakannya anak muda pelakunya! menyedihkan, anak melayulah heronya!

"kita harus mengetengahkan fesyen dan busana muslimah di pasaran sekarang!"
"siapa kata pakai tudung tidak boleh bergaya?"

memang sudah sinonim perempuan dan cantik.(namun ada juga istilah sekarang "lelaki cantik")

benar, ISLAM itu indah! semuanya yang indah itu ISLAM suka,Allah pun suka. tapi ada 'rules'nya. 'rules' itu bukan kongkongan, bukan juga penghalang untuk kebebasan. Namun, itulah sebenarnya menambahkan lagi keindahan yang sedia ada.

trend sekarang,

pakai tudung namun jarang pula tudungnya
pakai tudung namun labuhnya pula tidak menutup dada, bukan tudung yang kecil tapi dililit lilit sehingga kecil.
pakai tudung namun jika mata dilirik dilihat ke bawahnya pula, baju dan seluar masyaallah ketat.

itu baru sedikit, mungkin perlu 2 hari 3 malam menulis kesemua trend sekarang. belum masuk pula bab lelaki...

bukan dibilang diri ini sudah lengkap sempurna menutup aurat, namun masih banyak kurangnya, tetapi marilah bersama kita memperbaikinya.



to be continue~~

got to go. ade kuliah perio n konservasi.


Mendambakan Kasih Ilahi

-d.a.m.e.y-

Oct 26, 2010

randomness


subhanallah

Puas ditelek siling bilik. Posisi tubuh dimiring ke kiri. Pandangan mata bertukar arah. Dinding pula ditenung sedalam-dalamnya.

haih!!keluhan dihela

buntu, sudah lama ingin berkongsi sesuatu, namun kekontangan idea!

teringat artikel ust hasrizal (saifulislam) "erti hidup pada memberi". benar sungguh. tiada ertinya selama hayat ini jika tidak memberi sesuatu kepada orang lain. Jika sepanjang hidup hanyalah untuk kepentingan diri, tidak usahlah berjiran tetangga.

seorang ayah bekerja untuk keluarganya
seorang ibu memasak untuk suami dan anak-anaknya.
seorang guru mencurah ilmu untuk anak didiknya

setiap orang bererti hidupnya untuk orang lain, ada manfaatnya
, ada faedahnya, ada baiknya, namun tidak juga kurang ada buruknya!

tanyalah diri , persoalkan jiwa bertanya pada hati, adakah hidup kita ini sudah bisa memberi erti pada orang lain? jika ya jawapannya, alhamdulillah. tetapi...jangan tersenyum dahulu, soalan yang sebenar-benarnya adalah...
"erti hidup sebagai hamba Allah sudahkan kita penuhi? sudahkan kita jalani sebaiknya?"

mungkin solat,puasa, ibadah sunat lain kita sudah lengkap.mungkin. namun, tanggjungjawab kita, erti hidup ini pada orang lain harus diambil kira.

TEGURLAH SEMANIS BICARA

ada yang niat di hati ingin menasihati teman, namun tidak tahu pucuk pangkalnya,
ada yang terdetik di hati menegur teman, namun takut diejek ustazah pula,
ada yang mahu menasihati rakan, namun terhalang dek kurang ilmu di dada,
ada yang kepingin mengajak teman berubah ke arah kebaikan, namun gusar jika dikata "alaah, ko pon sama, dua kali lima"...
ada yang membara semangat untuk menegur, sehingga kata cacian dan makian dipakai guna.

pangkalnya, tahniah jika mempunyai niat sebegitu rupa, namun janganlah terlalu laser mulutnya sehingga menyebabkan diri sendiri kelihatan lebih hina. tegurlah sebaik mungkin. halusilah bicara. kuntumilah senyuman termanis di wajah. tahanlah sedikit amarah kerana menahan marah itu syurga~

-tiada istilah GAGAL dalam kamus kehidupan,tetapi hanya kurang berjaya-
keep on fighting!!





tidak usah khawatir jika hasilnya tidak semanis aiskrim, yang penting adalah USAHA!!

tweettweet:- a reminder for all of us esp to ME!!
- pics credit to devianart


Mendambakan Kasih Ilahi

-d.a.m.e.y-

Oct 5, 2010

SOALNYA HATI






" Mana satu yang berkenan kat hati ni ye? susah betul nak buat pilihan.semuanya cantik belaka," ucap si ibu ketika memilih kain untuk dipakai di hari raya nanti...

Di suatu saat yang lain,seorang mahasiswi.."eissshhhhh, aku tak puas hati betul la kat dosen tu. Penat aku buat cantik -cantik susun gigi ni, tapi still ada yang tak kena. Aku tak paham betul la."

Mungkin ada keterkaitan antara kedua-dua contoh di atas.Jika direnung sejenak, semuanya berkisar tentang HATI..soalnya hati.


SUKARNYA MENJAGA HATI

Bukan mudah mendidik hati dan jiwa. Bukan senang menjaga hati yang sering dahagakan keseronokan. Juga bukan gampang membelai hati dan jiwa ini agar tetap istiqamah di jalanNya. Mungkin mulut bisa mengatakan tidak, namun hati tidak mungkin dapat turut mengatakan tidak. Mulut juga bisa menuturkan bicara manis semanis madu namun jika ditanya pada hati , realitinya tidak seindah khabar!

Dari hatilah bermula segalanya. Amal kebajikan tidak diukur dari nilaian jutaan ringgit namun hanya sekeping hati yang dilihat Allah. Ikhlas, datangnya dari hati. Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan yang haq. Kayanya seorang insan tidak dilihat dari slip gajinya, namun jika kaya hati dan budi pasti disanjung tinggi .

Namun, hati ini sering alpa,sering lalai. Aku sering tewas.Hati ini masih belum kental menongkah virus pemodenan dan 'kebaratan' sekarang. yazid wa yankus!

SUCINYA HATI

Dua orang anak kecil sedang leka bermain. Ibunya yang asyik melihat mereka bermain, lalu terlintas suatu idea di fikirannya. Lalu diambil dua helai kertas putih dan dilukisnya dua buah "hati". Yang satunya diwarnakan "hati"tersebut diwarnakan hitam manakala yang satunya dibiarkan putih suci. Kemudian, kedua- dua "hati" tersebut diberi satu bintik merah ditengah-tengahnya sambil kedua-dua anaknya disuruh memjamkan mata

"Cuba kakak dan adik tunjukkan ibu di mana bintik merah" ujar ibunya.

Segera kedua-duanya menunjukkan bintik merah di "hati" yang berwarna putih suci tersebut. Namun, pabila di "hati" yang berwarna hitam tadi, masing-masing terkial-kial mencari.Puas ditelek tetapi hampa!

Akhirnya sang ibu segera mencelah," kertas itu umpamanya hati, dan bintik merah itu ibaratkan seperti dosa. jika hati kita bersih seperti kertas putih ini, sekali sahaja terlintas perasaan riya’ dan bangga di dalam diri, kita akan mudah sedar dan segera meminta ampun dari Allah. Inilah hati orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Tetapi, bayangkan kalau hati kita ini penuh dengan warna hitam. Jangankan riya’, sikap sombong yang nampak secara lahir pun akan sulit untuk kita kesan dan insafi kerana hati yang penuh dosa", tambah si ibu.



Masih terngiang-ngiang di telinga ini, seorang sister memberikan usrah kepada kami " setiap hari Allah hiaskan langit, dan seluruh alam ini untuk manusia". Segala- gala yang ada di alam ini hanyalah untuk kegunaan kita. Tetapi pernahkah kita memuji keindahan awan yang memutih di langit yang menghias hari kita sebagai tanda bersyukur? Pernahkah kita mengucapkan syukur tatkala mendengar decitan burung yang merdu menenangkan jiwa di permulaan pagi sebagai hadiah dari pencipta untuk hambanya? Pernahkan terlintas di fikiran kita bahawa Allah mengurniakan bunyi deruan air untuk mendamaikan jiwa yang resah? Tepuk dada, bisiklah pada hati.

Jangan biarkan hati menjadi kering dan akhirnya mati!


p/s: post ini khas untuk diri sendiri yang masih leka.
: all pics credit to deviantart

Mendambakan Kasih Ilahi

-d.a.m.e.y-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...