Assalamualaikum...
Hari ni saya nak share satu cerita tentang Ikramah anak si Abu Jahal sbb saya baru je habis baca buku pasal beliau beberapa hari lepas.huhu
Ikramah ni pada mulanya mmg seorg yg keras hati dan merupakan seorg penantang yg tegar terhadap Nabi Muhammad dan juga Islam. Ayahnya, Abu Jahal mati di bunuh dalam Perang Badar dibunuh oleh 2 beradik kembar Ibnu Arfa’. Ikramah juga menyertai perang Badar dan perang Uhud. Tetapi waktu ni dia masih org kafir Quraisy.
Tetapi akhirnya Ikramah telah memeluk agama Islam dengan izin Allah. Benarlah, hidayah Allah tu sape2 je boleh dapat. Walaupun dia anak kepada Abu Jahal dimana kita mmg tau bertapa hebatnya tentangannya terhadap Nabi tetapi Allah telah membuka hati si anaknya, Ikramah sehingga beliau menjadi pembela dan akhirnya syahid di jalan-Nya.
Sebenarnya, kisah Ikramah ni sangat menarik. Beliau ada seorang isteri yang cantik pandai bernama Atikah. Mereka berdua berkahwin atas dasar cinta dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Umar. Sewaktu masih lagi bergelar orang2 penting kaum Quraisy, Ikramah sangatlah kaya dan dipandang tinggi. Tapi bila dah memeluk Islam, Ikramah sanggup berhabis hartanya demi memperjuangkan Islam. Beliau memang benar2 memeluk Islam atas kerelaan hatinya sendiri, bukan kerana paksaan atau pun ikut-ikutan.
Pernah tak dengar tentang pohon yg bernama Salameqi? Tak pernah?
Haa.. kat dalam kisah Ikramah ni ade cerita pasal pohon Salameqi. Cerita dia macam ni..
Pada suatu hari, Ikramah telah bertengkar dengan seorg kawannya bernama Hammas. Dulu Hammas ni kawan baiknye time menentang Muhammad, tetapi Hammas ni telah belot dgn Ikramah dan masuk Islam terlebih dahulu drp Ikramah. Mereka berdua ni bergaduh sbb Hammas ni asyik kutuk yg Ikramah ni mesti tak kan masuk Islam sbb bapak dia kan Abu Jahal, mesti la bapak borek anak rintik si Hammas ni cakap kat Ikramah.