Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

May 19, 2011

Analogi Menarik

Salamun'alaik..


dah lama sy tak menaip untuk tulis apa2.. tak reti la nk menulis2 ni.. sorry morry ye sahabat2 ku esp. si eton.. 
salah satu punca kenapa sy malas nk menulis blog ni adalah sbb sy akan ambik byk masa untuk menaip. minimum 2jam.. haha, tak reti mcm mana nk jadi penulis yg pantas. 20 minit dh siap post yg mantap. aish, mmg kene byk belajar lagi.. insyaAllah doakan =)


tanpa membuang masa, sy nk terus kepada point.. 
tgk tajuk pun harap semua dah tau, analogi tu bermaksud kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud tertentu, dan dalam erti kata lain boleh jugak dikatakan sebagai kias..


cerita ni saya dapat dalam usrah minggu lepas..
murabbi yg kasik..jazakillah papa (heheh)
nk post dah lama tp tak berkesempatan plk sbb kekangan waktu dan tugas2 yg lain..


oke, cerita ni ada beberapa watak.. ada Manusia, ada Harimau, ada Buaya, ada telaga, ada Tikus hitam dan putih, ada Tali, dan ada Lebah dan madunya..


Kisahnya bermula apabila Manusia terserempak dengan Harimau di dalam sebuah hutan, manusia melarikan diri semampunya agar tidak di "ngap" oleh sang harimau.. 


comel je rimau ni, huhu




Lari punya lari, harimau masih lagi mengejar manusia tanpa rasa penat dan lelah.
Kemudian, manusia ternampak ada satu perigi di hadapan dan manusia masuk ke dalam perigi tadi menggunakan seutas tali..








Tetapi, di dalam telaga tersebut, rupa-rupanya Buaya sedang menunggu manusia!
Oh kemana lagi arah tujuan manusia..?
Pandang ke atas, Harimau masih menunggu,
Jenguk ke bawah, Buaya menanti..
Tetaplah manusia memegang tali tersebut untuk menyelamatkan diri.




Tiba2, datang lah dua ekor tikus. Yang satu hitam, yang satunya lagi putih.
Apa pulak yang tikus ni buat??
Yaaa... mereka secara perlahan2 menggigit tali, tempat manusia berpegang! 
Oh, sedihkan bila dengar, sungguh malang nasib manusia rasanya..


Maka, si tikus hitam dan putih bergilir2 menggigit tali tersebut..
Semakin resah ketakutanlah manusia dibuatnya..


Setelah beberapa ketika, sewaktu manusia sedang merasa sedih dengan nasib dirinya, 
datanglah seekor lebah membawa madu, dan dengan secara tidak sengaja, 
lebah tadi menumpahkan madu yg dibawanya itu ke dalam mulut manusia.


Langsung! Manusia tadi terus terlupa akan kesulitan yang sedang dihadapinya tadi!
Harimau, Buaya dan Tikus hitam dan putih, sudah tidak manusia fikirkan lagi..
Apa yang difikirkan ketika itu hanyalah lazatnya madu yg menitis masuk di dalam mulutnya..
Sedangkan, bahaya2 tadi masih lagi tetap menunggu masa, tidak pernah melupakan si manusia!


Waahh, begitu mudahkan si manusia lupa??


Jadi, apa yang anda rasa saya nak sampaikan? 


Haa, marilah sekarang saya khabarkan, apakah analoginya itu..


1. Manusia = Diri kita sendiri
2. Harimau = Malaikat Maut yg tidak pernah jemu menjenguk kita setiap hari
3. Tali  = Umur yang dikurniakan Allah
4. Tikus Hitam dan Putih = Malam dan Siang yg silih berganti. Sbb itu di atas dikatakan tikus hitam dan putih bergilir menggigit tali..
5. Buaya = Malaikat Munkar dan Nakir yg menunggu kita apabila masuknya kita ke alam barzakh
6. Lebah dan Madu = Nikmat dunia 


Boleh tak link kan cerita tu dengan kehidupan realiti kita??
Harap2 boleh la ya...


Analogi ni sangat simple, tapi sangat mendalam maksudnya..
Mmg manusia tidak dapat lari dari hakikat bahawa kematian itu pasti.
Mmg manusia mudah tertipu dengan nikmat dunia, padahal itu hanya sedikit jika nak dibandingkan dengan nikmat akhirat yaitu syurga yg abadi...


Fikir-dikirkan dan selamat beramal..
Mudah-mudahan, Allah hitung amalan2 kita di dunia ini sebagai tabungan untuk akhirat kelak.. 
InsyaAllah.. =)


Apabila kembalinya manusia kepada Penciptanya, maka, ada 3 perkara yang akan mengiringinya ke kubur yaitu KELUARGANYA, HARTANYA serta AMALNYA sewaktu dia hidup. Dan setelah selesai dia dikebumikan, maka akan pulanglah keluarga dan hartanya meninggalkan dia keseorangan. Hanya AMALAN yg akan setia menemaninya sewaktu dia bersendirian di dalam kubur...




Jakarta, 19 Mei 2011

IB

Nov 12, 2010

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum,

Hari ini peperiksaan pertengahan semester 5 untuk tahun ke-3 sudah tammat. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga Allah memberikan yang terbaik untukku.

Sedar tak sedar, semester 5 sudah hampir ke penghujungnya. Sekejap sahaja masa berlalu. Dalam pada kita sentiasa sibuk, bangun pagi setiap hari, bersiap-siap untuk ke kuliah, untuk ke tempat kerja dan apa saja aktiviti seharian kita, rupanya kita juga sebenarnya semakin hampir dengan tarikh kematian kita. Ibarat seorang ibu yang mengandung yang mengusap lembut perutnya sambil menunggu anaknya lahir ke dunia, begitulah juga malaikat Izrail menjenguk kita setiap hari sehinggalah tiba masanya kita dijemput pulang ke pangkuan Allah SWT, Pemilik Langit dan Bumi serta seisinya.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai sakitnya sakaratul maut itu. Sebagaimana firman Allah,



Maksudnya : Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
[21:35]

Mati itu sakit ke tak? Ada riwayat yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad pernah bertanya kepada Nabi Ibrahim dalam peristiwa Isra’ Mi’raj tentang bagaimana rasanya mati itu? Kemudian Nabi Ibrahim menjawab,

 “ Rasanya itu seperti gumpalan bulu basah yang diletakkan di atas kayu yang berduri kemudian ditariknya gumpalan itu secara songsang”

Begitulah cerita Nabi Ibrahim. Itu nabi, kalau nak dibandingkan dengan kita, makhluk-Nya yang hina tak tergambar rasanya bagaimana sakitnya itu. Allahu Akbar!

Dunia hari ini sepertinya susah untuk berjumpa dengan orang yang saling ingat mengingati tentang kematian. Sungguh. Termasuklah diriku sendiri. Padahal Nabi pernah bersabda bahawa orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling baik persiapannya untuk hari setelah kematian.

Imam al-Qurthubi juga berpesan, sentiasalah kita mengingati mati kerana dengan mengingati mati kita dapat menimbulkan perasaan cemas saat kita meninggalkan dunia yang fana. Ketika kita sedang berduka dan menderita, mengingati kematian akan membantu untuk mempermudahkan menghadapinya, kerana apa yang dialami itu tidak akan kekal abadi dan hanya bersifat sementara. Dan ketika kita sedang dalam keadaan gembira mengingati mati akan membuatkan kita tidak tertipu dengan nikmat yang sementara jua.

gambar hiasan


Bila kematian dah datang, segala apa yang ada di dunia ini sudah tidak berguna lagi. Kereta mewah? Intan berlian? Jutaan wang? Rumah besar? Bahkan kenangan-kenangan yang pernah kita cipta juga tidak mungkin dibawa masuk bersama ke dalam liang lahad. Cuma kain kafan sahaja harta yang ikut kita, itu pun kalau dibeli pakai duit yang kita tinggalkan. Apa yang penting sewaktu di alam barzakh hanyalah amal soleh dan sedekah jariah. Dan kalau ditakdirkan mempunyai anak yang soleh, doa dari anak itu merupakan satu lagi aset untuk kita di alam sana.

Tiada siapa pun yang tahu bila dia akan pergi meninggalkan dunia yang fantasi ini. Bahkan daku sendiri tidak dapat menjamin bahawa dalam masa 1jam lagi daku masih lagi menghirup oksigen milik-Nya ini! Subhanallah. Begitulah indahnya aturan Tuhan.

Akhir kalam, jadilah mukmin yang bijak wahai teman-teman yang aku sayangi. Sentiasalah kita mengingati mati, semoga dengan cara itu kita akan lebih tekun beribadah kepadanya kerana tujuan kita dilahirkan di dunia adalah sebagai ‘abdullah (hamba Allah). Mohonlah keampunan dari-Nya agar dihapuskan segala dosa-dosa yang lalu, dosa-dosa sewaktu kita masih jahil tentang agama. Mohonlah agar dijauhkan dari azab kubur dan di jauhkan tubuh kita dari azab api neraka.



Maksudnya : Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
[2:201]

Seimbangkan hal dunia dan hal akhirat dalam kehidupan seharian kita. Semoga Allah menerima amalan harian kita sebagai ibadah serta mendapat pahala disisi-Nya agar timbangan kita akan berat di sebelah kanan, menerima kitab amalan dengan tangan kanan dan termasuk dalam golongan kanan! InsyaAllah.

Ada bait indah yang sering kita dengar yang ingin daku kongsikan disini,
Beribadahlah kamu dengan bersungguh-sungguh seperti kamu ingin meninggalkan dunia ini pada esok hari, dan bekerjalah kamu dengan bersungguh-sungguh ibarat kamu akan hidup didunia ini selama-lamanya

 

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Mohamad Asri Ibrahim, 40, 13 Ogos 2009.


[peringatan untuk diriku jua yang sering leka]

Wallahu’alam…

~IZAN~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...