Apr 25, 2011

WHY USRAH? Waeyo?

Assalamualaikum,

Post kali ni terkait erat dengan perkara-perkara yang terjadi di sekitar saya kebelakangan ini. Nak-nak apa yang berlaku semalam. Perkara yang berlaku menyebabkan saya sendiri yang memang dalam kelompok usrah ini pun bertanya-tanya pada diri sendiri. Kenapa usrah? Perlukah?
Ada banyak persoalan dan sindiran-sindiran bila perkataan usrah dibangkitkan, terutama pada orang yang di luar kelompok ini atau yang tidak termasuk dalam golongan ini. Antaranya :

“salah kah kalau kitorang tak ikut usrah?”
“nanti ada program kt kedutaan, kau dan seluruh kelompok usrah kau dijemput datang”
“nak pergi mana tu..usrah la tu..takde mende lain la tu”
“diorg mane pegi karok ni, tmpt karok pon xtau..usrah kaaan”
“ak xnk join la usrah korang..ak kne pastikan apa yang korg ckp tu btol”
“ala bahan yg korg nk btau tu sume ade kt internet..membazir waktu je datang dari jaoh”
“ak da cukup ilmu agama dlm dade..xperlukan sume ni”

Begitu perit kadang-kadang untuk menjawab soalan-soalan dan sindiran-sindiran yang dilemparkan, walau dengan niat atau tidak di hati orang yang melemparkan kata-kata diatas.
Apa yang akan dilakukan bila persoalan-persoalan diatas ialah menjawab dengan senyuman seikhlas hati dan tawakal kepada Allah SWT.

Ok. Kita semua setuju bahwa agama merupakan perkara paling penting di dalam hidup masing-masing. Kita akan jadi sangat berwaspada atau alert  pada kata-kata orang yang menyampaikan tentang Islam dan mulalah terdetik di hati pertanyaan kesahihan atau kebenaran kata-kata orang tersebut.

Wahai sahabatku,
Ketahuilah pada saat anda mula bertanya itu bermaksud Allah SWT telah membuka pintu hati anda untuk mula memahami dan mendalami agama-Nya iaitu Islam. Perkara ini berlaku tanpa anda sedari. Di saat anda mula mengumpul segala macam alasan untuk menolak ajakan ber-usrah, ketahuilah yang anda telah berjaya mengumpul sekian waktu untuk memikirkan Allah SWT. Anda takut pegangan yang selama ini anda pegang goyah kerana kata-kata orang lain.
Tapi di akhir cerita, anda telah meluangkan waktu untuk berfikir tentang Allah SWT.
Ketahuilah yang kita memang wajib memikirkan tentang Allah bukan beberapa minit di dalam satu hari tapi setiap detik dan tindakan yang dilakukan hanyalah kerana Allah SWT.


 Wahai sahabatku,
Kita sebagai pelajar IPT yang dikatakan pada waktu yang sangat sibuk dengan pelbagai assignments dan berbekalkan iman yang tipis di dada, berapa banyakkah usaha kita untuk memikir dan mencari Allah di luar waktu solat dan beberapa minit membaca Al-Quran antara waktu Maghrib dan Isyak? Dengan persekitaran jahiliah yang merata dan berleluasa, berapa banyak usaha kita?

Ya, mungkin info yang di dalam usrah itu boleh didapat di internet, tapi adakah anda akan berusaha mencarinya jika tidak ada pemicu untuk anda mencari? Jika tidak dipupuk dan ditanam di dalam hati, ilmu Allah itu berada dimana-mana dan sangat berharga, adakah kita akan mencari? Perlukah kita menunggu sehingga ketetapan Allah SWT datang seperti bencana alam, baru kita tersedar dan mulai takut akan kekuasaan-Nya?

Disini saya nyatakan contoh bahan yang boleh didapat di internet :
 Terjadinya rusuhan dan kebangkitan suara rakyat di Timur tengah.
Ya, ia dimulai di Tunisia akibat seorang rakyatnya membakar diri.
Ya, perkara ini sangat banyak di internet.
Tidak, saya tidak mencari bahan ini di internet kerana saya diberitahu oleh seorang akhwat yang sangat suka mencari membaca kerana beliau seorang guru.
Ya, saya percaya akan info yang diberitahu beliau kerana saya tau saya tidak mampu untuk mencari bahan di internet tapi saya ada membaca di surat khabar
Kenapa saya terus percaya?
Kerana saya tahu bahawa seseorang yang takut akan kekuasaan Allah SWT, tidak akan berani mempermainkan atau menjual nama Allah hanya kerana ingin menjadi center of attention.

Wahai temanku,
Kita memerlukan waktu untuk mengenali seseorang dengan mendalam. Jangan lah dikau menggunakan alasan perlu rapat dengan seseorang untuk mempercayai kata-katanya sebagai alasan yang sangat kukuh. Ya, kita mungkin tidak mengenali rakan usrah kita dengan sangat rapat, tapi dengan berjalannya waktu, berbekalkan kasih sayang hanya kerana Allah SWT, kita secara tidak langsung akan menjadi sangat kasih dan sayang pada sahabat itu. Mungkin anda memerlukan 7-8tahun untuk mengenali sahabat itu, tapi dengan niat yang satu, hanya beberapa minit diperlukan untuk kita menyayangi dan mengenali sahabat itu. Berbalik pada kata-kata yang di-bold di atas.

Wahai sahabatku,
Berbekalkan beberapa perkara diatas, disitulah fungsi usrah itu berlangsung.
Pertama, supaya kita berfikir tentang Allah pada tiap saat dan gerakan kita.
Kedua, supaya kita mengenali ilmu Allah yang sangat meluas. Kita tidak mungkin mampu untuk mencari segala ilmu-Nya, tapi di dalam usrah, kita menjadi kagum dengan usaha akhwat didalam usaha beliau untuk menjelaskan walau sedikit ilmu yang dipelajarinya.
Ketiga, supaya kita dapat menjalinkan silaturrahim yang suci hanya kerana Allah SWT.


Wahai temanku,
Rasullullah SAW dicerca, dihina, dan dimarahi bukanlah kerana beliau menemukan suatu agama lain pada saat Mekah yang memang telah banyak tuhan diciptakan. Para sahabat Rasullullah SAW diseksa hingga titisan darah terakhir bukanlah juga kerana itu. Tetapi mereka diperlakukan seperti itu kerana mereka menyebarkan agama Allah. Ya. Kerana mereka menyebarkan.

Tidak terlintaskah dihati kalian, kenapa pada waktu dahulu Nabi SAW dan para sahabat tidak menggunakan flyers atau  brochure untuk menyebarkan agama Allah? Kenapa perlu berjalan dari rumah ke rumah untuk menyebarkan?
Ya, kerana kata-kata itu lebih menusuk dan langsung ke dalam hati. Kata-kata lebih dapat menyentuh hati dari hanya membaca di internet dengan berbekalkan iman yang tidak sempurna. Perasaan atau  feeling itu sangatlah berbeza.

Kata akhir dari post, sudah-sudahlah bersangka buruk dengan orang yang ikut usrah. Bersangka baiklah, mungkin itu lebih baik.

Tanyalah pada diri sendiri jika anda terasa hati dengan post ini, jika anda mampu melakukan perkara-perkara di atas tanpa perlu kan suatu tempat untuk berkumpul serta memberi ruang untuk mencari Allah, dan anda berasa mampu melakukannya sendiri. Tanyakan apakah anda berjanji pada saat anda dilahirkan di muka bumi ini, adakah anda berjanji untuk hidup hanya didunia? Apakah bekalan untuk diakhirat nanti?

Sekian, salam ukhuwah fillah!!

 

Apr 15, 2011

GANGGUAN PSIKOSOMATIK VS KESAKSIAN SEORANG DOKTER


Gangguan psikosomatik menurut buku Ilmu Kedokteran Jiwa oleh W.F.Maramis ialah gangguan yang dapat disamakan dengan apa yang dinamakan dahulu nerosa organ. (Bahasa Indonesia)

Terima kasih kepada Drg.Ing atas tugas psikiatrik ni, jadi boleh lah saya buat topik ni sebagai post terbaru. Tak faham kan apa maksud psikosomatik tu? Saya pun tak faham, walaupun dah baca sejuta kali. Memang takkan dapat fahamnya. Comprim!!!!

Untuk memudahkan pemahaman, saya bagi gejala-gejala gangguan psikosomatik atau kata orang putih “symptoms” :

1.      Golongan yang mengeluh tentang badannya, tetapi tidak ada penyakit yang dapat menyebabkan keluhan-keluhan.
2.      Golongan yang terdapat kelainan atau penyakit, tetapi penyebab utama ialah faktor psikologis.
3.      Golongan yang terdapat kelainan atau penyakit, tetapi terdapat juga gejala-gejala lain yang timbul bukan kerana penyakit itu, akan tetapi kerana faktor psikologis ; faktor psikologis itu mungkin timbul sebab penyakit tadi, contohnya waktu kecemasan.

*courtesy to buku Ilmu Kedokteran Jiwa by W.F.Maramis

Faham dah? Ok. Saya pun dah mulai faham. Menurut pakcik Maramis, dia kata pada orang yang emosi dia tidak stabil atau labil, gangguan psikosomatik ini kebanyakannya disebabkan oleh faktor luaran. Contohnya tekanan yang luar biasa, rumahtangga yang sibuk, anak-anak nakal, keramaian lalu lintas.

Untuk mengubat orang-orang yang ada gangguan psikosomatik ni, kita mungkin kena buat kajian bertahun-tahun dan memerlukan pengetahuan yang baik tentang psikodinamika atau proses psikologis.

Ok lah, itu berdasarkan sains semata-mata. Apa kata kita tengok pula dari segi Islam. This one I like. Why? You’ll see it later.

Menurut buku Kesaksian Seorang Dokter by Dr. Khalid bin Abdul Aziz Al-Jubair, SpJP (buku yang dah diubah bahasa kepada bahasa Indonesia)

Salah satu kisah di dalam buku doktor pakar jantung menceritakan kisah ini :

Saat ia melihatku, dengan pantas ia berkata, “aku letih doktor, aku telah menemui beberapa doktor pakar jantung, akan tetapi jantungku masih berdebar-debar dan nafasku masih sesak, semua doktor mengatakan bahawa aku sihat.
Saya segera melaksanakan pemeriksaan, dan hasilnya menunjukkan bahawa memang ia dalam keadaan sehat. Saya mulai menasihatinya dan menjelaskan kepadanya tentang apa yang sebenarnya dia alami, yang selalu diiringi dengan keluhannya, “Aku letih doktor, sudah selalu aku mengadu kepada banyak doktor.
Saya berkata kepadanya, “Ubat yang anda perlukan tidak dimiliki oleh para doktor, anda harus mengadu kepada Allah Ta’ala, anda harus tunduk bersimpuh di hadapan-Nya.
Saya berusaha sebaik mungkin unutk menjelaskan bahawa penyakitnya adalah beban psikologis yang ia hadapi kerana ketergantungannya kepada dunia dan kemewahannya, itulah sumber utama kelainan jantung dan segala keluhan yang dia alami.

Nampak tidak kesamaan antara dua-dua buku di atas? Benar. Kedua buku menyatakan tentang penyakit psikologis yang dialami manusia. Iaitu, merasakan diri sendiri berpenyakit, tetapi setelah dilakukan pemeriksaan ternyata tidak ada tanda-tanda atau gejala penyakit.

Apa perbezaan kedua buku itu? Cara pengubatan penyakit tersebut. Buku pertama berkata yang kita memerlukan waktu yang lama dan pengetahuan yang baik kerana kita perlu mendapatkan kepercayaan pasien untuk merawatnya. Buku kedua pula pada kunjungan pertama, setelah dilakukan pemeriksaan, si doktor terus boleh bagi jawapan dan ubat untuk masalah pesakit itu.

Pernyataan bahawa Islam dan sains adalah dua perkara berbeza amatlah salah. Sains itu sendiri ditemui kerana apa yang tercatat di dalam Al-Quran. Setiap penyakit pasti ada ubatnya, cuma kadang-kadang ubat yang perlu diambil bukanlah di dalam bentuk pil atau cecair yang ada bahan kimia dalamnya.

Cukuplah dengan duduk menghadap kiblat dan merenung atau muhasabah diri sendiri sudah dapat menyebuhkan penyakit kita itu. Contohnya penyakit wanita diatas, dia telah berusaha untuk berjumpa dengan banyak doktor, doktor jantung lagi, hanya kerana dia berpendapat yang jantungnya berdengup terlalu cepat dan terus diagnose diri itu sakit jantung.

Bertakwalah kepada Allah, niscaya Dia akan membukakan jalan keluar untuk kalian, hanya dengan banyak dzikir dan selalu ingat kepada Allah lah hati akan terasa tenteram. Sungguh, semua itu adalah kehendak Allah dan Dia-lah yang menunjukkan jalan kebenaran.
(Dr. Khalid bin Abdul Aziz Al-Jubair, SpJ)


Mar 23, 2011

mind to share your thought?



قُلۡ هَلۡ نُـنَبِّئُكُمۡ بِالۡاَخۡسَرِيۡنَ اَعۡمَالًا
(18:103) Say, (O Muhammad): "Shall We tell you who will be the greatest losers in respect of their works?


اَ لَّذِيۡنَ ضَلَّ سَعۡيُهُمۡ فِى الۡحَيٰوةِ الدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُوۡنَ اَنَّهُمۡ يُحۡسِنُوۡنَ صُنۡعًا‏
(18:104) It will be those whose effort went astray76 in the life of the world and who believe nevertheless that they are doing good.




ayat di atas membuat saya agak tersentak. takut. cuak. dan macam macam adoooo..kenapa??


greatest loser...
orang yang PALING RUGI..
siapa yang mahu jadi rugi? 
tanyalah siapa pun..semuanya nak kan untung.
dalam setiap perkara bukan hanya dalam bisnes, setiap makhluk mahukan keuntungan.
saya nak untung. saya tak nak rugi!


"....whose effort went astray....nevertheless that they're doing good"


cuba bayangkan sekarang.yee..right now!


anda sedang berhempas pulas membuat thesis. hanya tinggal sedikiiiiiiiiiiiiiiit shj lagi untuk menghabiskan perkuliahan yang dah bertahun tahun penat mencerna dan menghadam ilmu . hantar thesis, then boleh graduate. betapa best nye saat saat seperti itu. tentulah kita sehabis mungkin, sepenuh tenaga dan daya mengerah tenaga untuk menyiapkan thesis tersebut. tidur pun sudah berbulan bulan entah ke mana, makan pun cukup yang instant semuanya, mandi pon dah tak ingat bila last tyme mandi..yang pentingnye, thesis , thesis ..thesis.. dan thesis...
sampailah hari yang dinanti nanti kan..hantar thesis kat prof then keluar bilik prof dengan senyum lebaarrr sampai ke telinga.."monolog di dalam hati. angan angan tinggi nun melangit. plan itu plan ini, karaoke,..tengok wayang , picnik, macam macam laaah lagi. 


TETAPI.... 


angan bertukar menjadi asap..kelam.kelabu...plan plan tadi retak bekecai tinggal debu debu..halilintar tiba tiba menerpa.belum sempat membuka isi thesis yang setebal kamus dewan bahasa dan pustaka itu, baru dilihat cover depan page sahaja lantas dicampak thesis melayang ibarat boomerang. 


"tajuk gapo dio hok mu buak nih?? tak dok kelah(class)  lassung!! setakak tajuk ginnie anok saye hok jallang tak tih tak tih pong buleh buak!!" ngepek sunggoh!buak mullla, saye tak mboh hok ginni" tempik prof td dengan wajah menyinga.kalah dahsyatnya angin monsun tengkujuh kat pantai timur sana. segarang tsunami membaham jepun.


hampir pitam seketika...pedas telinga mendengar. berasap! terbakaarrrr! hangin satu badan. muka yang tadi semanis kurma bertukar menjadi lebih masam dari asam jhowo!


diselidik sampai ke akar umbi, apa yang salah mana yang silap. ghupe ghupenye....siapa yang tak marah macam prof tersebut ..disuruh laen, dibuatnya laen.


tajuk sebenar :  how to detect a caries
tajuk yang dibuat: how to make mama carrie's' (kueh ghaye)

iyelah. kan nak jadi doctor gigi, yang hang pi buek resepi ntahapehape sapo yang tak menyirap darah haaa! hadoooooiiiii, sabooooo je lah~


Jadi, pada pendapat saya, apa yang saya dapat simpulkan dari ayat 18:103-104 analoginya seperti kisah di atas. 




share your thought,anyone??


untung atau rugi.you choose!
credit to devianart


p/s: mahap bebeno lah ye kalau penggunaan bhase ganu tu tak menepati piawaian standard. ade yang salah dan silap, ampooonnn!

mendambakan kasih Ilahi


-d.a.m.e.y-

:)


mujahadah itu pahit karena syurga itu manis.

toodles,

mendambakan kasih Ilahi

-d.a.m.e.y-

Mar 22, 2011

domino's effect

domino
salam.

disentuh satu, yang lain turut bergerak. yang pertama dicuit, yang lain turut sama bergerak. yang depan diusik, yang belakang turut terusik. alunannya cantik.gerakannya indah. itulah....

 DOMINO'S EFFECT


ATURAN MAIN
saya tidak tahu bagaimana aturan sebenar permainan domino tersebut.sejujurnya, yang saya tahu cuma susunlah pemadan 20 sen sebanyak mungkin( sebab tyme kecik comel lotte dulu selalu beli pemadam bnyk2 untuk lawan kau- tindih- aku- aku -tindih - kau), kemudian tolak salah satu pemadam yang paling hadapan. yang hadapan akan tolak yang belakang sehinggalah sampai yang terakhir. tersenyum gembira melihat gerakannya walaupun tidak sehebat psp sekarang.



pulang ke Malaysia bulan yang lalu, sempat saya menghabiskan sebuah novel VERSUS karya HLOVATE.  Saya kurang berminat membaca novel sebenarnya, tetapi sudah ada di rak buku di rumah, sambil mengisi kekosongan yang ada alhamdulillah ada ibrah yang diambil dari buku tersebut..

IBRAH DOMINO'S EFFECT

"walaupun aku tak pakai tudung , tapi aku still semayang cukup 5 waktu"
"pakai tudung, tapi bekepit jugak ke sana ke sini naik motor keliling kampung"
"harap je tudung labuh, tapi perangaaiiii nauzubillah!"

mungkin itu salah satu ayat yang sering kita dengar bukan?

tidak timbul ayat sebegitu lagi jika iman yang bertakhta di hati , bukan hawa nafsu yang menguasai .

iman menggerakkan anggota yang lain. iman ibarat darah yang mengalir ke seluruh tubuh. seluruh pelusuk di anggota tubuh darah akan sampai.jika aliran darah tersebut disekat ,adanya thrombosis maka terjadilah ischemia di anggota tubuh yang tidak mendapat supply darah tersebut. begitulah juga iman. mungkin akan ada anggota tubuh yang mati kerana kehausan iman!

iman menggerakkan anggota yang lain. tangan, kaki, mulut, mata, hidung, dan seluruhnya. iman baik,baiklah juga yang lain.iman luntur, lemahlah anggota yang lain. bergeraknya iman, bergeraklah yang lain mengikutinya. macam DOMINO!

1.Aqidah

percaya Allah itu Esa. tiada kuasa lain selain Dia. Dialah Tuhan yang SATU! kepercayaan itu hadir bukan tatkala senang sahaja,tetapi percaya itu hadir dalam setiap dan segala jua bentuk . di timpa musibah, percayalah Allah itu menyayangi kita, moga rasa percaya itu sentiasa bersarang di hati kita. bukan cukup sekadar 100 %, tetapi haruslah 200%!inshaAllah.

2. Ibadah.

percaya dah cukup?? TIDAK! iman itu percaya dengan hati, mengakui dengan lisan dan mengamalkannya dengan perbuatan anggota tubuh. jadi, jika sudah hadir rasa percaya ayuhlah kita membuktikan dengan amalan pula. bukannya sekdar omong-omong kosong. bak kate orang,cakap tak serupa bikin!  saya pun masih terlalu banyak kurangnya, marilah kita bersama melipatgandakan amal ibadah kepadaNya.

 "demi cinta, lautan api sanggup ku renangi"...
[ayat femes orang bercinta, tapi kalau dah hilang rasa cinta, nk tolong nyalakan api kat dapur pun tak kuasa nak melayan.hampes !]

jika seorang perempuan meminta tanda kasih dan bukti sayang dari kekasihnya, begitulah jua yang harus kita lakukan untuk mendapatkan cinta agung dari Allah. malah lebih dari itu harus kita korbankan!


3.Aurat

Aqidah ok, ibadah pun ok, tentulah batas batas aurat pun ok! dijaga rapi aurat agar tidak ada satu pun lelaki ajnabi yang melihat auratnya. bukan hanya dari segi pakaian, tapi tingkah laku dan suara pun dikawal agar tidak menimbulkan sebarang fitnah. maka tidak akan timbul persoalan lagi " aku still sembahyang and puasa walaupun tak pakai tudung"  dan macam macam lagi . trend tudung sekarang pun dah menjadi jadi..makin maju negara, makin mini jugalah saiz tudung! haih! biarlah kita seperti pemuda yang baru keluar dari gua Alkahfi asalkan segala syariat Allah tetap kita jaga rapi. yang indah tidak semestinya benar, tapi yang benar itu pastinya indah.inshaAllah.
one in a million

4. Ikhtilat (Pergaulan lelaki dan perempuan)


“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS.24 : 30-31)

masalah remaja sekarang ..BUANG ANAK!..makin menjadi jadi. anak bagaikan tin dibuang merata rata.  sedih..terlalu sedih melihatnya. Akibat pergaulan yang melampai batas,  lelaki dan perempuan. nauzubillah! hanya iman sahaja yang menjadi batas antara haq dan batil. 


Saya pun masih berusaha untuk menjadi hambaNya sebaik mungkin.doakan yang terbaik untuk saya, doakan juga yang terbaik buat kita di dunia dan akhirat yang pastinya.


jom ikut skema Allah dan Rasul!



selagi masih ada waktu...gunakanlah sebaiknya!





p/s:


dah lama sangat tak share something kat sini..sorry guys! jari den pon keras semacam nk menaip.

credit to devianart.


Mendambakan Kasih Ilahi

-d.a.m.e.y-




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...