Jun 28, 2011

LIFE'S THROUGH ETON EYES

 
UPDM(B) terchenta.




Salamun ‘alaik,

Wohohoho. Hari yang indah kita mulakan dengan tahap ke-tension­-an yang agak tinggi di akibatkan lab endodontic yang baru sahaja berlalu 1jam setengah yang lalu. Hampir  menangis juga diriku atas ujian yang diberikan Allah tadi kerana cikgu tak nak approve hasil lab tadi. Huhu. Sila ignore*

Kebelakangan ini saya selalu terfikir sebab tujuan saya dihantar ke Indonesia untuk ambil bidang pergigian ni. Nak kata pandai tapi tak la pandai seperti Amalina straight A’s tu, boleh la cukup-cukup makan. Tapi kenapa Indonesia? Kenapaaaaaaaaa? Kenapa tak hantar kat Negara 4 musim kah, sedap sikit mata memandang. Ni tidak! Hantar ke Indonesia!!!
 *eton, sila jangan kufur nikmat. Ok bye*

Tidak apa lah kita lihat dari sudut pandangan bersinar. Jika saya tinggal di Malaysia apa yang saya dapat? Saya masih dalam bidang farmasi, ada kereta mungkin, banyak makanan yang sedap. Erm, ni sudah salah tempat pandangan bersinar. Salah-salah. Nak memberitahu yang bidang pergigian lebih menjanjikan kehidupan masa hadapan yang lebih kukuh dari saya menetap di Malaysia dan menolak tawaran ke Indonesia. Kukuh dari segi kewangan, mungkin. *evil laugh*

Tapi, duit sahaja kah yang kita perlukan untuk menjamin masa depan? Masa depan tu apa? Masa depan yang bagaimana? Tergantung orang dalam mendefinisikan masa depan masing-masing. Bagi eton, masa depan ialah masa di akhirat kelak. Emang pake uang aja udah bisa masuk surga? Kita nak tukar-tukar atau exchange money  dengan malaikat maut ketika dia nak mencabut nyawa? *ok agak menyimpang*

Sebenarnya eton nak memberitahu yang saya ditakdirkan Allah untuk datang ke Jakarta kerana ada kebaikan di sini yang saya tidak akan dapat jika saya menetap di Malaysia atau UKM. Alhamdulillah, saya mendapat tarbiyah atau hidayah di bumi Jakarta ini. Alhamdulillah juga Allah telah membukakan hati untuk menerima tawaran bidang pergigian ini. Tidak dapat ku bayangkan keadaan diriku jika sebaliknya yang berlaku. Huhu

Datang ke Jakarta merupakan satu keputusan paling besar dalam hidup saya. Takdir dan ketentuan Allah menyatakan yang saya akan mendapat hidayah dan berjuang di jalan-Nya disamping belajar ilmu pergigian sebagai “putih telur” yang akan digunakan sebaik mungkin.

Kesimpulannya, saya telah memahami kenapa takdir meletakkan saya di posisi saya sekarang ini. Kenapa bidang pergigian dan kenapa Jakarta? Saya redha dengan segala ketentuan-Nya. Bagaimana anda pula? Start thinking guys!

 peace!




Jun 2, 2011

Antara Dengki dan Rezeki

Assalamualaikum,

Ketemu lagi kita di rancangan ini sekali lagi, iaitu “Sejenak di hanrylis.blogspot”. Saya, Eton sebagai pengacara anda  pada kali ini. Hari ini topik yang akan kita bincangkan atau ketengahkan ialah “Antara Dengki dan Rezeki

Bila kita bercakap tentang dengki, perkataan itu memang sangatlah simbolik dengan kita, sebagai orang Melayu di atas tanah dalam peta yang bernama Malaysia. Tidak perlulah kita bahaskan mengenai asal usul perkataan Malaysia. Nanti jauh melalut perginya. Cukuplah hanya ada istilahnya sahaja. ^_^
Baiklah, kembali kepada topik utama. Dengki di kalangan orang Melayu. Antara contohnya ialah:

Scene 1 :
A : Dekat Depsos ada kedai makan baru buka. Orang punyalah beratur panjang gila. Kereta berderet-deret. Jalan depan dia macet kaleeee..
B : kedai yang mana satu? Yang depan kedai jual cat tu ke? Hish. Aku dengar makcik jiran aku sembang dengan makcik sebelah rumah dia semalam, dia kata dia nampak tukang masak kedai tu bersin betul-betul depan kuali kari kepala ikan diorang. Pastu buat muka slumber pegi tempat lain. Lepas tu, bersin kat kuali lain pulak. Pelaris agaknye.

Scene 2 :
A : Kenapa kedai dekat hujung jalan tu dah takde orang makan?
B : ntah, aku dengar tuan kedai tu santau orang yang pergi makan kat kedai dia.

Ok. Tuan-tuan dan puan-puan, sampai situ sahaja contoh-contoh yang ada. Ada banyak contoh lain yang boleh diketengahkan tapi cukup-cukup lah apa yang ada sahaja. Begitu simboliknya Melayu dengan kedengkiannya atau ke-dongkey-an. Bak kata kawan-makan-di-kedai-Mba Ida saya, Melayu punya pendirian senang sahaja “wa xkaco business lu, lu jangan kaco kedai wa
Ada apa dengan dengki ni ya tuan-tuan dan puan-puan?  ~Adaaa apaaa dengan dengkiiiii~ (background sound lagu Ada Apa Dengan Cinta, Indonesian movie)

Aku selalu tanamkan dalam diri ini, bahawa berdengki itu artinya kau menuang racun ke dalam mulutmu sendiri hingga mengalir sampai usus, lalu berharap bahwa musuh-musuhmu lah yang mati kerananya. Apakah yang demikian itu tindakan orang berakal?”
[Ali Zainal ‘Abidin ibn Husin]

“ dari kejahatan (bisikan) setan yang bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam hati atau dada manusia”
[An-Nas:4 & 5]

“Katakanlah, “Aku berlindung, kepada Tuhan yang menguasai subuh (Fajr), dari kejahatan (Makhluk) yang Dia ciptakan, dan dari kejahatan (perempuan) penyihir yang meniup pada buhul-buhul (talinya), dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki
[Al-Falaq: 1-5]

Naaaaaaaaah coba (nada Indonesia). Begitu hebatnya dengki ini sampai Allah SWT turunkan dalam Al-Quran ayat yang menerangkan tentang kejahatan (kita anggap dengki sebagai salah satu dari kejahatan) dan ayat yang melindung kita dari dengki itu secara khusus. Dengan adanya satu dari beribu ayat Quran menyatakan tentang dengki, itu sudah cukup menampakkan betapa berkuasanya dengki itu dalam kehidupan manusia. Kalau tidak, takkan lah Nabi Muhammad SAW kita sendiri disihir? Betul tak?

Berbalik kepada topik kita. Perkara kedua yang akan dibincangkan ialah rezeki. Munculnya dengki ialah kerana ketidakpuashatian kita dengan rezeki yang Allah dah beri kepada kita. Timbulnya rasa yang orang lain harus mendapat kurang dari diri sendiri, sombong dan bongkak dengan nikmat kurniaan Allah SWT menyebabkan dengki atau hasad atau kejahatan itu berleluasa.

“Dan tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasinya (bagi siapa yang Dia kehendaki) ? Sesungguhnya pada demikian itu terdapat tnada-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman
[Az-Zumar:52]

Alhamdulillah, Allah SWT juga menurunkan ayat mengenai rezeki dalam Quran. Nampak tidak perkataan yang di-bold-kn diatas? Allah menyatakan bagi sesiapa yang redha dengan ketetapan rezeki pemberian Allah, itu telah menampakkan tanda iman berputik dihatinya.

Ingatkan nak becerita tentang seorang sahabat Nabi yang dijanjikan syurga kerana dia tidak pernah mempersoalkan nikmat yang Allah beri pada orang lain, walaupun dirinya sendiri miskin.
Tapi tak jumpa pulak kat mana cerita tu ada. Haih. Jika anda rajin, boleh mencari dalam buku Dalam Dekapan Ukhuwah tapi saya da cari 10x tak jumpa. Haha. Mungkin dalam buku lain.

Tujuan entry ini di-post-kn agar kita semua mulai lah mensyukuri segala nikmat dari Allah SWT dan berhentilah mempertikaikan rezeki yang ada pada orang lain. Rezeki tiap orang lain-lain, kenapa nak membuang masa dan tenaga hanya untuk berusaha melihat rezeki/nikmat pada sahabat anda dan berpenat lelah mempertikaikannya?

Mulai hari dengan mensyukuri nikmat yang Allah berikan yaitu kita masih dapat bernafas dan sihat. Mula melihat nikmat yang ada pada diri sendiri dan anda akan mulai tenang menjalan ni hidup pada hari ini. Peace!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...